script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Imej Satelit Jepun Pula Tunjuk Kira-Kira 10 Objek Terapung


TOKYO: Imej satelit Jepun menunjukkan kira-kira 10 objek terapung di luar pantai Australia, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, lapor media memetik kerajaan sebagai berkata pada Jumaat.
Objek-objek berkenaan dilihat di perairan dianggarkan kira-kira 2,500 km ke barat daya Perth, kata agensi berita Kyodo dan Jiji. 
Kajian Pusat Perisikan Satelit Kabinet Jepun menunjukkan objek-objek itu berukuran sehingga lapan meter panjang dan empat meter lebar dalam imej yang dirakam oleh satelit antara pukul 9 pagi dan 3 petang pada Rabu lalu, kata Kyodo. 
Sumber kerajaan berkata, ia mungkin bangkai pesawat yang hilang kerana mereka menemuinya dalam sebuah kawasan yang sama di mana imej serpihan ditemui sebelum ini, menurut agensi itu.
Jiji memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata bahawa objek terapung "kemungkinan besar" adalah sebahagian daripada pesawat. 
Menurut laporan itu, Jepun telah menyerahkan maklumat tersebut kepada Malaysia. - AFP
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.