script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRK DUN Kajang: Wan Azizah Tolak Dakwaan Tidak Popular


KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak tanggapan bahawa jumlah peratus keluar mengundi yang merosot pada PRK DUN Kajang merupakan isyarat protes daripada pengundi terhadap 'langkah Kajang' yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Sebaliknya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang baharu itu menegaskan bahawa beliau menerima kenaikan undi popular sebanyak dua peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu.
"Tidak...tidak. Bukan tidak popular. Sebaliknya kali ini saya menerima undi popular sebanyak 59.57 peratus. Ia naik dua peratus dari dahulu," katanya ketika pemberita di sini, Ahad.
Menerusi PRK Kajang, Wan Azizah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.
Presiden PKR itu memperoleh 16,741 undi manakala Chew mendapat 11,362 undi.
Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Jumlah itu merosot sebanyak 16 peratus berbanding peratusan yang dicatatkan pada PRU-13 lalu iaitu sebanyak 88 peratus.
Selain itu mengulas mengenai 'langkah Kajang' selepas diumumkan menang, Wan Azizah berkata: "Langkah Kajang akan diteruskan...ini adalah momentum kita untuk ke Putrajaya". #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.