Seorang penduduk, P Sarawanan, 41 berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu peka dengan masalah ini walaupun mereka ada meletakkan pengadang jalan atau papan tanda sebagai amaran.
Menurutnya, penduduk terpaksa berdepan risiko kemalangan setiap kali melalui jalan ini sekali gus boleh mengancam keselamatan orang ramai.
“Soal keselamatan penduduk perlu diutamakan. Terdapat situasi di mana pemandu tidak menyedari kehadiran kenderaan lain di laluan bertentangan dan dikhuatiri mereka nyaris kemalangan sehingga terpaksa menggunakan brek kecemasan,” katanya.
Sarawanan berkata, limpahan air Sungai Bera yang bertakung dalam kawasan paya berdekatan selama seminggu pada awal Disember tahun lalu yang disebabkan masalah banjir menyebabkan struktur tebing jalan yang baru dinaik taraf itu runtuh.
Katanya, perkara ini sudah beberapa kali diadukan kepada pihak berkenaan tetapi tiada penyelesaian segera dijalankan.
“Janganlah sampai berlaku kemalangan di kawasan terbabit, baru hendak bertindak.
“Jika kejadian tanah tebing runtuh disebabkan kecuaian pihak tertentu sepanjang proses menaik taraf jalan sebelum ini, ia merupakan satu pembaziran kerana akan meningkatkan kos baik pulih jalan pula,” katanya.
Tinjauan mendapati tebing jalan semakin terhakis menyebabkan laluan menjadi semakin sempit, menyebabkan hanya satu laluan sahaja yang boleh digunakan dalam satu masa. #sumber






Peranan jkr dlm pembangunan negara kini telah dperkecilkn utk mengayakn kroni. Jln negeri d phg d serah kpd ypm (tanya mb tenang syt ni). Jln federal dah lama dulu d swastakn. Hanya yg memeningkn kepala msih lg d tgn jkr. Sepatutnya gred bos2 d atas sana d turunkn krn dah kurang bebanan.
BalasPadam