script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

"Pahang Car Boot Sale" Kini Semakin Popular Di Kuantan


KUANTAN - Aktiviti jualan berkonsep jalanan car boot sale (jualan terus dari but kereta) bukan sahaja berjaya menghidupkan suasana malam di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), malah membantu menambah pendapatan peniaga.

Jika sebelum ini, jualan terus dari bonet kereta mungkin kurang mendapat sambutan kerana sikap masyarakat yang tidak yakin dengan konsep itu, namun usaha Kelab Anak Muda Indera Mahkota (Kami) mengubah persepsi berkenaan.




Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 8 malam di tempat letak kereta berhadapan UTC meriah dengan pelbagai jenis kenderaan dan bonet terbuka menanti pelanggan dengan pelbagai jenis produk murah dan berkualiti.

Peniaga, Noraniza Kamsani, 27, berkata, konsep itu kini semakin popular dalam kalangan peniaga muda terutama mereka yang baru mahu mencuba bidang perniagaan.




Noraniza yang merupakan kakitangan swasta memilih untuk berniaga selendang dan tudung bersama suaminya, Muhammad Shahrinnahar Abd Latif sejak minggu pertama dibuka dan mengakui mendapat sambutan hebat daripada pengunjung.




“Konsep ini bagus kerana dengan modal kecil juga sudah boleh memulakan perniagaan. Saya juga boleh mendapat pendapatan tambahan secara santai,” katanya.




Bagi Norehan Salleh, 28, dengan kadar bayaran sewa berpatutan, dia boleh mengisi masa terluang waktu malam dengan berniaga ditemani suami, Norazly Nordin sejak tiga minggu lalu.




Norehan mengakui seronok apabila pelbagai baju kurang dan jubah yang dijual diminati pembeli terutama mereka yang sudah berumur.



“Dengan kadar sewa yang berpatutan, kami boleh menjual barang tidak lebih daripada RM40. Ini mudah menarik perhatian pembeli,” katanya.




Sementara itu, Presiden Kami, Muhammad Faiz Hashim berkata, car boot sale adalah idea bagi membantu golongan peniaga muda yang tidak mampu membayar sewa tinggi di bandar ini selain kesukaran mendapatkan premis yang strategik.

Katanya, program  fasa pertama itu bertujuan meningkatkan ekonomi anak muda dan fasa kedua bakal dilaksanakan jika mendapat sambutan.

“Penyertaan amat membanggakan  ada 130 kereta. Konsep ini menjadi fenomena baru kepada warga Kuantan. Kadar sewa tapak RM30 semalam kini mendapat penerimaan di luar jangkaan,” katanya.

Perniagaan yang bermula seawal jam 6 petang dan berakhir kira-kira jam 2 pagi itu merupakan memasuki minggu ketiga penganjurannya pada setiap Jumaat. #sumber
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.