script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mayat Lelaki Tanpa Kepala Di Percayai Remaja Yang Hilang


KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang dijumpai oleh dua nelayan di Pantai Batu 6, Janglau, Rompin dekat sini semalam dipercayai seorang remaja lelaki yang hilang pada 16 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Supritendan Johari Yahaya berkata, mangsa, Muhd. Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya, Mohamad Isa pada 16 Mac lalu.

Menurut beliau, berdasarkan laporan polis yang dibuat bapanya, kejadian berlaku ketika mereka keluar menangkap ikan bersama tiga lagi rakan di perairan Chukai, Kemaman.
"Ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Bapanya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Johari, bapa mangsa telah membuat pengecaman iaitu berdasarkan baju yang dipakai oleh mangsa selain tulisan namanya pada belakang baju yang ditulis dengan pen.
"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengkebumian," katanya.

Semalam, dua nelayan yang sedang asyik mengutip botol di pantai tersebut kira-kira pukul 8 pagi terkejut dengan penemuan satu mayat tanpa kepala yang terdampar di pantai.
Mayat tanpa kepala berkenaan masih berpakaian baju T dan seluar pendek serta terdapat satu lubang di bahagian dada. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.