KUANTAN, 18 Mei - Seramai lebih 50 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa dan 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min dekat sini muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas meminum susu sekolah "1Malaysia" hari ini. Tidak dapat dipastikan apakah puncanya, namun ia mungkin ada kaitan dengan masalah pengeluaran dan pemproses susu berkenaan sebenarnya. Sebagai makluman Pelancaran Susu Sekolah 1Malaysia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak pada September 2010. Antara lain katakan program tersebut amat penting bagi melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas. Beliau sebelum itu mempertikaikan kenyataan sesetengah akhbar yang hanya menyiarkan tajuk dan berita mengenai program susu sekolah diperkenalkan semula tanpa memberikan keutamaan mengenai tujuan sebenar ia dilaksanakan. ''Ia sebenarnya mempunyai matlamat lebih besar berbanding apa yang disiarkan oleh akhbar iaitu melahirkan generasi muda Malaysia pada masa depan yang lebih dinamik dengan ciri-ciri yang saya telah sebutkan. ''Saya percaya ia akan memberi kesan yang besar kalau kita dapat mendidik setiap murid di sekolah rendah untuk membiasakan diri minum susu yang punyai kalsium tinggi setiap hari," katanya.[Soalnya sekarang, jika susu itu berkalsium tinggi dan baik untuk kesihatan kenapa harus berlaku masalah yang berkenaan. Bukankah ada sesuatu yang tidak kena kepada program kerajaan ini sebenarnya. Program susu itu yang kononnya hanya melibatkan peruntukan sedia ada Kementerian Pelajaran kira-kira RM4 juta jelas sekali tidak sesuai dan hanya sekadar untuk memberi keuntungan kepada pihak yang berkenaan. Kenapa berlaku muntah-muntah, sakit perut dan cirit birit jika susu itu baik untuk kesihatan?. Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya mereka mengabaikan kesihatan murid-murid sekolah itu sendiri akhirnya].






Susu tu dah mula terkena kesan radiasi Lynas di Gebeng!
BalasPadamjangan buat spekulasi tuan.siasat dlu sebelum beri kenyataan.
BalasPadamsemalaysia dah minum susu tuu elok jer pong, pdo jangan memandai nak buat andaian sendiri. Ada gak kerajaan bn bagi susu daripada pembangkang dok suap racun tak habis habis....
BalasPadamLaporan terbaru dari penjara sg buloh : pihak penjara adalah dilarang membekalkan kertas tisu kepada nuar semasa di sg buloh nanti....huhuu!
BalasPadamnasib rakayt 1malaysia...yang kaya raya kroni 1malaysia....yang mencelakakan malaysia pemimpin 1malaysia.
BalasPadamkalau bg susu pun bila makan muntah2 dan cirit birit baik x yah bagi simpan aje sbb bila dah sakit nak p ke klinik utk rawatan jika d hospital xpe lah jugak tanggung beres tp kalau di klinik kena kuarkan duit poket lah bertmbh beban lg..
BalasPadamsbb apa murid2 sekolah melayu tak muntah2 pulak, aikkkkk...
BalasPadamni kena siasat nie.
aapa yg mendukacitakan,susu tersbut diimport dr korea,,yg kita tahu bukan merupakn negara pengeluar susu,apakah di msia tidak ada syarikt yg boleh keluarkan hasil susu yg bermutu...atau ada pihak yg mndpt keuntngan dari projek ini...fikir2kan
BalasPadamSusu Rasuah 1Malaysia. Kalau bagi kat anjing pun mampus. Tambah1 lagi anjing2 UMNOAPCO. Lagi cepat mampos.
BalasPadamtak yah minum, dengar nama pun dah muntah teberak. 1mmmmm....uwekkk
BalasPadamsejak dulu memang Malaysia kekurangan bekalan susu dan terpaksa import dari beberapa negara bagi memastikan keperluan melahirkan modal insan yang tidak bengap sepert pdo. Manakala ustaz ustaz pkr dok menyoyot susu ibu setiap hari, maka adalah lebih baik susu percuma ini dbekalkalkan. (nasib baik sepol takder susu, kalau tak memang dah kena nyonyot dengan nuar....huhuhuu)
BalasPadam