script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peguam Perancis Yang 'Di Jangka Dedahkan' Isu Kapal Selam Scorpene Telah Di Tahan Imigresen!

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Peguam Perancis William Bourdon (foto), yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA. "Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel. Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut. Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya. Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon". Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru. Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan iaitu Sherpa yang mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan. Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS. yarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang negara Perancis.

[Sementara itu Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini. Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar. Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda. Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan]. sumber
Share:

14 ulasan:

  1. Najis semakin kecut. Terpaksa guna segala-galanya elak telur tembelangnya pecah.

    BalasPadam
  2. Najis semakin bacul ! Pembunuh Altantuya ini takut akan pendedahan peguam Peranchis ini,maka diusirnya pulang !

    kah kah kah

    Berani kerana benar,takut kerana salah !

    sekarang memang terbukti Najis adalah pembunuh Altantuya dan menyeleweng duit rakyat rm500 juta ! kalo tidak,bik mama mane ade duit nak beli cincin berjuta2 USD.


    bodoh py lakhnat umPORNO dan Najis ! ko ingat akan terlepas ke ??

    AP dan Washington Post dah mulai siarkan berita peguam Peranchis ini,ambik ko,satu dunia akan tahu nnt camna Najis dan umPORNO membunuh Altantuya !

    BalasPadam
  3. patut la si NAJIS BABI nih tergesa2 balik bercuti,rupa2nya takut dengan pendedahan pembunuhan Altantuya,abis diarahkan hantar pulang je peguam nih

    bagus tindakan NAJIS BABI nih,satu dunia akan tahu camna layanan Malaysia terhadap keadilan HAHAHAHAHA

    pembunuh Altantuya ketakutan ! semoga satu dunia tahu bagaimana NAJISNYA NAJIS BABI nih

    BalasPadam
  4. Salam 1 Malaysia! Mari fokus bantu SUARAM kumpul dana RM100,000.00 untuk laan kes dimahkaah Perancis. Minta SUARAN beri nombor akaun.... saya mulakan RM50.00. setakat akau mampu. hehe aku ni student aje. Hidup Bersih! Hidup rakyat!

    BalasPadam
  5. Bersemangat nampak, orang lain berebut nak dapat habuan, pejuang muda atas belum apa2 dah sanggup hulur 50 ringgit banyak tuuu, pelajar pulak tu mana ada inkam. Respek,,,respek.

    BalasPadam
  6. Pelik,kontrektor yg melaksanakan projek kecil mendapat pendahuluan dari DAP.Apa kena mengena parti politik dgn kontrektor yg membuat projek kerajaan?.Ini lah salah satu pendedahan yg di buat oleh RCI dalam penyiasatan kes kematian Teoh BH.Perkara ini nampak kecil ,tapi cukup utk menimbulkan syak wasangka kemungkinan ianya lebih buruk dan lebih besar pada masa hadapan.Bersih kah mereka?.

    Rasanya telahan aku betul,bila PR memerentah, rasuah dan salah guna harta kerajaan tidak akan berhenti.Entah-entah makin teruk.Rasuah adalah amalan gulungan yg tamak mengejar kekayaan,dan gulungan yg paling selak dgn wang ringgit ialah Lintah Darat.Tiada jaminan gulungan ini akan berhenti mengamalkan rasuah bagi mencapai matlamat mereka.Kali ini rasuah akan berlaku dikalangan mereka yg sebangsa ia itu Lintah Darat.Pas dan PKR akan menjadi parti angguk-angguk.Jadi,beringatlah sebelum kena,berjimatlah sebelum habis.

    Kemudian cupba kita lihat komen berkaitan dgn berita berkenaan di Malaysiakini,jelas sekali bagaimana gulungan serumpun ini memberi 'lampu hijau' bila perkara begini melibatkan mereka.Ya lah ini memang amalan gulungan mereka pun,bukan kerja orang kampung.

    Pada masa yg sama aku memberi tabik kepada mereka yg berusaha mendedahkan gulungan yg terlibat dalm kes 'kapal selam' ini.Di harap usaha bgini akan di teruskan bila PR memerentah nanti[kalau menanglah).Kalau benar Najib atau mungkin Rosmah yg terlibat,ianya perlu juga di adili.

    BalasPadam
  7. Amalan kontrektor terima pendahuluan untuk memulakan kerja perkara biasa saja dalam masyarakat awam. Aku pun kontraktor kecil modal bukan kuat tapi atas persetujuan bersama serta perjanjian yang di ikat tak timbul masalah pun dengan tuan punya. Sebagai kontarktor kecil aku mampu menyiapkan projek tersebut seperti dalam perjanjian dan tuan punya projek berasa berpuas hati. Hampir 25 tahun dah aku duduk dalam bidang ini.
    Kalau DAP boleh bagi pendahuluan kepada kontraktor memulakan projek ia adalah satu amalan baru bagi pihak yang berkuasa sepatut nya diperkembangkan lagi diperingkat pusat kerana secara tak langsung kontraktor2 kecil juga dapat bernafas. Aku sokong seratus peratus.

    BalasPadam
  8. "Sakit jadi rakyat Malaysia. Nak cakap Bersih tak boleh. Nak demo tak boleh. Nak pakai baju kuning tak boleh. Nak sebut Altantuya tak boleh. Nak bincang bab Scorpene tak boleh. Serba tak boleh. Cakap sepatah polis beri amaran. Cakap sepatah Hishamudin gertak. Cakap sepatah Zahid Hamidi ugut. Cakap sepatah Najib hentam. Apakah rimba negaraku ini?

    Nah, malam ni peguam hak asasi Peranchis pula tak boleh cakap. Habis orang kena tutup mulut. Puas tutup mulut rakyat sendiri, mula tutup mulut orang luar. Cerdikkah kerja ni? Bukankah jadi lebih kusut. William Bourdon tu bukan Pat Mat jual rokok daun. Dia tu peguam internasional. Orang percaya cakapnya. Cakap Najib seantero dunia orang ragu dah.

    Kalau rakyat Malaysia pakai baju Bersih bolehlah kau tangkap. Bolehlah kau paksa rakyat jangan terlibat dengan Bersih. Bolehlah kau tafsir Bersih itu pertubuhan haram sebab kau tu menteri. Di Malaysia, undang-undang kena ikut kata Menteri; bukan Menteri kena ikut undang-undang.

    Di Peranchis mana boleh buat macam tu. Di Malaysia bolehlah kau sekat media cakap tentang Scorpene, tentang Altantuya. Di luar Malaysia, gilalah kau buat kerja macam tu. Orang putih kata jakun mana ni. Jakun pun boleh jadi Menteri? Waduh.

    Pengusiran William Bourdon jadikan politik Malaysia semakin menarik. Tunggulah tindakan peguam ni wahai manusia yang takut akan lembaga hitam Scorpene dan hantu Altantuya. Ya serba tak kena. Kalau tak diusir, habis heboh 1Malaysia. Diusir pulak, habis heboh seantero alam.

    Sakit kepala macam ni. Kau tidur dululah Rosmah. Aku tak berselera malam ni. Tak mahu tidur lagilah,bang. Tak puas lagi tengok cincin di jari ni. Orang kampung juga yang sedap tidurnya. Bangun besok boleh baca berita ribuan sambut PM di KLIA. Oh Najib, kau wiraku. Oh Rosmah, kau intanku. Selamat pulang juga kalian berdua. Seperti harapanmu, William Bourdin juga telah kuhantar pulang."

    BalasPadam
  9. anon 7:58:00

    Itu yg aku makin takut PR memerentah sebab sikap sambil lewa org macam kau.Awalnya nampak remeh temh,tapi bila memerntah nanti ianya akan jadi gunung berapi yg meletup,org Melayu ekmpunan sebab,tak begitu pandai buat kerja,dan bagi rasuah pun tak lah sekencang Lintah Darat.

    BalasPadam
  10. Subuh tadi aku bangun tidur dengan rasa yang amat lega. Lapang dada dan fikiran aku. Bangga pun ada jadi rakyat Malaysia yang merdeka. Merdeka !


    Aku rasa Hishamudin, Menteri KDN yang bertanggungjawab sehingga Bersih 2 terpaksa berlaku telah mendapat semula 'telurnya' yang hilang.


    Berita yang tersebar di alam maya betul betul menyegarkan jiwa aku. Aku yakin ramai rakyat Malaysia rasa bangga.


    " PEGUAM PERANCHIS DIHALAU PULANG ".


    William Bourdan, seorang peguam bagi pertubuhan tanpa keuntungan yang berpengkalan di Peranchis telah selama dihantar pulang ke kampung halamannya selepas ditahan oleh pihak Imigresen Malaysia di Pulau Pinang.


    Sahabat Nuar Brahim ini dijangka menyampaikan ucapan di Pulau Pinang dalam majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang yang berselindung di sebalik Suaram.


    Badan yang dianggotai William ni kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan menentang jenayah kemanusiaan. Kalau begitu kita syorkan Mamat ni selesaikan isu hak asasi di Peranchis dulu.


    Orang Islam di Peranchis adalah antara yang paling tipis hak asasinya di dunia. Dah selesai di Peranchis, pergi pulak ke Palestin. Balun Israel, sekutu Peranchis yang bukan sahaja menafikan hak asasi rakyat Palestin bahkan melayan mereka macam binatang.


    Tak payahlah sibuk sibuk di Malaysia.Orang yang bercakap tentang hak mereka dinafikan di Malaysia semuanya hidup senang lenang, bebas bercakap dan bertindak walaupun sebahagiannya merosakkan negara.


    Aku mintak KDN jangan jawab apa apa soalan berkaitan perkara ini. Kalau orang tanya juga, jawab begini " Ini negara aku, rakyat aku, aku mesti jaga keselamatan mereka dari sebarang bentuk gangguan daripada mana mana sudutpun ! ".


    Untuk pertama kali, aku ucap tahniah kepada Hishamuddin !

    BalasPadam
  11. Semenjak PKR mengambil alih pemerintahan negeri Selangor beberapa agensi yang selama ini mempunyai wang yang banyak tidak pernah sunyi dari masalah. Semua masalah melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa. Antaranya ialah Yayasan Selangor dan PKNS.

    Bagi PKR inilah masanya untuk mereka mengangkut keluar wang-wang dan harta yang ada pada agensi-agensi berkenaan untuk mereka dan kroni-kroni mereka.

    Sebagai permulaan kepada pendedahan bersiri ini kami ingin mulakan siri pertama berkenaan dengan penipuan perlantikan sebuah syarikat untuk menguruskan telemarketing PKNS.

    Pada 28 Julai 2010 mesyuarat pengurusan PKNS telah melantik sebuah syarikat yang bernama Tetuan People Source (M) Sdn Bhd untuk menguruskan telemarketing PKNS dengan nilai kontrak RM 1.34 juta bagi tempoh satu tahun.

    Keputusan untuk menyerahkan kontrak tersebut tidak dibentangkan dalam komiti tender PKNS. Peraturan telah menetapkan setiap kontrak yang melebihi RM 500 ribu hendaklah diputuskan dalam mesyuarat tender.

    Orang yang bertanggungjawab memilih syarikat tersebut dan membentangkannya dalam mesyuarat ialah Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Pn Madihah. PKNS Holdings adalah anak syarikat kepada PKNS.

    Setelah menyedari perkara tersebut menjadi satu kesalahan dan dalam masa yang sama kontrak tersebut hendak diberikan juga kepada syarikat kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender, maka proksi PKR dalam PKNS iaitu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan dibantu oleh Puan Madihah dari PKNS Holdings telah membuat keputusan agar kontrak tersebut dipecahkan kepada tiga syarikat dan setiap satu syarikat akan dianugerahkan kontrak yang bernilai RM 447 ribu.

    Dengan cara itu maka kontrak tersebut boleh diberi kepada syarikat kroni-kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender.

    Setelah dipecahkan kepada tiga syarikat maka timbul lagi perasaan tamak dalam diri Othman dan Madihah, lalu mereka menukar keputusan daripada memberi kontrak yang asalnya satu tahun kepada dua tahun kepada setiap syarikat tersebut. Setiap syarikat dapat kontrak yang bernilai RM 894 ribu untuk dua tahun. Untuk tiga syarikat bagi kontrak dua tahun jumlahnya RM 2.68 juta.

    Setelah siasatan dijalankan oleh beberapa pihak dalam PKNS didapati ketiga-tiga syarikat yang diberi kontrak tersebut didapati mempunyai kaitan satu sama lain. Diringkaskan cerita, tuan yang sama, nama syarikat lain-lain.

    Lebih malang salah sebuah syarikat yang diberikan kontrak tersebut, Ping Technologies yang ditubuhkan beberapa bulan sebelum diberi kontrak telah diberi bayaran pendahuluan sebanyak 60% oleh PKNS Holdings. Ini menunjukkan syarikat tersebut tidak mempunyai kekuatan kewangan bagi menjalankan projek yang diberi.

    Satu lagi persoalan yang timbul yang cukup-cukup meragukan dalam hal ini ialah penglibatan Pn Madihah dari PKNS Holdings yang diberi kuasa untuk memutuskan syarikat yang hendak dipilih untuk menguruskan telemarketing PKNS, sedangkan PKNS Holdings adalah sebuah anak syarikat PKNS.

    Cukup setakat ini untuk pendedahan pertama, nantikan pendedahan seterusnya.

    Selangordaily

    BalasPadam
  12. PR sendiri pun tak BERSIH..dok kalut nak bersih orang

    BalasPadam
  13. Kalau dah dasar parti kaki bontot.... pusing manapun bau taikkkkkk.. kah...kah...kah...

    BalasPadam
  14. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Penuntut Wanita Sebuah IPTA Maut, Kereta Yang Dipandu Hilang Kawalan Lalu Terbabas KM 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.