script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Sah, Azmin Bakal Gunakan Kuasa Vetonya Untuk Gagalkan 'Penyokong Zaid' Dari Jadi Calon!

Gara-gara penyiaran berita pasal ada pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang mahu meninggalkan parti itu dek kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali, maka krew-krew kami telah dihujani dengan berbagai soalan oleh orang ramai. Ada yang marah dan mengatakan Pahang Daily Online (PDO) hanya melemparkan fitnah terhadap PKR semata-mata. Malah ada yang percaya dengan laporan tersebut. Terus-terang ingin kami maklumkan bahawa laporan berkenaan ada asasnya dan kemungkinan besar menjadi kenyataan. Ini kerana, di sana sini sekarang kecoh kedengaran pemimpin parti marah kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebenarnya. Malah, sejak Azmin menang jawatan itu tahun lalu beliau dilihat lebih mengutamakan "cai-cai"nya dalam apa jua program yang diadakan oleh parti. Peruntukan begitu mudah turun jika diarahkan oleh Azmin sendiri, sebaliknya bagi kumpulan yang tidak menyokong beliau semasa pemilihan maka cabang terbabit akan terus dipinggirkan. Ramai yang melihat, tindakan Azmin ini tidak wajar sebenarnya. Apatah lagi PKR diambang perpecahan selepas pemilihan 2010 yang lalu. Banyak masalah yang belum diselesaikan dan sengaja dibiarkan. Akhirnya ramai pemimpin yang dipercayai menyokong Datuk Zaid Ibrahim ketika pemilihan (sebelum Zaid tarik diri) diberi tekanan. Malah, keputusan Azmin mengambil alih jawatan Pengarah Pilihanraya parti daripada Fuziah Salleh juga dilihat sebagai satu langkah untuk memastikan orang-orangnya mendapat tempat dalam pilihanraya terutamany PRU13 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Maka, kini bagai sudah dijangka Azmin pasti akan menggunakan "kuasa veto" untuk memilih calon proksinya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

[Jika ini berlaku, bermakna mereka yang menyokong Zaid ketika awal pemilihan 2010 pasti akan terpelanting sebenarnya. Soalnya, apakah wajar Azmin bertindak sedemikian sedangkan dia berjanji mahu menyatupadukan sesama ahli parti?. Inilah yang menakutkan ramai pemimpin yang tidak menyokong Azmin dulu. Perkara ini memang disedari oleh ramai pihak, tetapi mereka nyata takut untuk bersuara. Justeru itu, kami terpaksa mendedahkan permainan politik jahat ini sebagai pengajaran untuk mereka. Apalah ertinya perjuangan, jika sikap begini diamalkan dalam parti yang kononnya memperjuangkan keadilan dan mewar-warkan mahu lakukan perubahan. Keadilan dilihat telah jauh berubah dari landasan perjuangannya sekarang. Jika apa yang dikhabarkan ini menjadi kenyataan, maka sudah pasti ramai pemimpin PKR yang menyokong Zaid pada pemilihan lalu akan tinggalkan parti tersebut. Kami juga difahamkan pihak berkenaan sedang melihat nama-nama calon yang bakal diumumkan oleh parti sekitar bulan Ogos 2011 ini. Jika benar Azmin menggunakan kuasanya untuk mengawal parti, maka sudah pasti mereka beramai-ramai tidak teragak-agak keluar kerana sudah tidak percaya lagi dengan perjuangan peribadi dalam PKR akhirnya].
Share:

5 ulasan:

  1. Benarkah cerita dan berita pasal ada pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang mahu meninggalkan parti itu dek kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali...?

    Hanya pemimpin saja yang nak keluar, ahli biasa bagaimana, takkan nak tunggu pencacai Mohd. Najib bagi duit pelincir baru nak keluar ? He...he...he...

    Siapa Azmin Ali, hebat ke orang tu? Oooo hanya timbalan presiden PKR saja... betul ke dia menang bertanding jawatan itu dengan cara menipu seperti SPR lakukan penipuan untuk menangkan calon dari BN ? He...he...he...

    Tapi yang menjadi pekara bertambah rumit... apabila Zaid Ibrahim keluar parti kerana Azmin, Cucu Mat Kilau keluar parti kerana orang atasan tidak mahu mendengar cadangannya, Mat Saman Kati keluar parti kerana Anwar dan Azmin cakap tak serupa bikin.

    Bukan melayu saja malah ada cina ada keling juga keluar parti atas alasan hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Anwar dan Azmin Ali... tapi malangnya sehingga hari ini parti PKR tidak mahu tumbang kebumi. Pasal apa ? He...he...he...

    Ramai orang bercita-cita nak jadi ahli politik, nak jadi pemimpin, nak jadi wakil rakyat, nak jadi menteri, nak jadi Perdana Menteri....

    Tapi tidak ramai yang mempunyai ilmu sebagai ahli politik. Tidak ramai yang mempunyai dana sendiri untuk bergerak sebagai ahli politik. Tidak ramai yang mempunyai ketabahan yang kuat dalam menempuh pelbagai onak dan duri dalam dunia politik.

    Dicampor, ditolak, dibagi dan didharab.... kita serupa saja.... "cakap tak serupa bikin". He...he...he...

    BalasPadam
  2. Cayalah........itu yang betoinya..

    BalasPadam
  3. Kalau dah asal usulnya partii main bontott, pusingg macamana pun bau taik jugak.....

    BalasPadam
  4. hahahaha.......lawan la kamu orang sndiri....macam mana la nak memimpin org....diri sndiri pun tak terpimpin.....jom la main bontot.....main amooii ka.......kan sedap tuuuuu

    BalasPadam
  5. KESIMPULANNYA:......

    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..
    Jangan Pangkah Dacing....
    Tapi Pangkah UMNO.. UMNO..UMNO..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Penuntut Wanita Sebuah IPTA Maut, Kereta Yang Dipandu Hilang Kawalan Lalu Terbabas KM 25.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.