script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Sah, Fariz Musa Calon Lawan Najib Di Pekan !!


[Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu Fariz Musa sebagai calon untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Pengumuman telah dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Megaview Kuantan malam tadi. Dengan pengumuman ini, maka rakyat Pekan akan sekali lagi menerima calon dari luar untuk bertanding di situ kali ini. Pada Pilihanraya Umum lalu, Najib ditentang oleh calon dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah). Najib menang dengan majoriti 26,464 undi. Jonah ketika itu hanya mendapat 9,798 undi sahaja. Ramai yang berpendapat, calon luar tidak sesuai bertanding di Pekan kerana mereka tidak dikenali oleh penduduk terutamanya para pengundi saluran satu. Namun, meletakkan calon popular menang seperti Fariz Musa di Pekan umpama menghantar beliau masuk ke "kandang harimau" yang akhirnya mati dibaham. Najib begitu kuat di Pekan sekarang ini. Malah, pengundi di Pekan merupakan yang tertinggi bagi seluruh kawasan parlimen di negeri Pahang mengatasi Kuantan sendiri. Sewajarnya Fariz Musa diletakkan di kawasan mampu menang bukan dikorbankan di Pekan. Apapun PKR pasti ada alasannya yang tersendiri. Harapan PKR mungkin bertambah sukar apabila team Gerakan Mahasiswa G13 juga dikhabarkan akan meletakkan calon mereka lawan Najib di situ. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru maka meletakkan Fariz Musa adalah tindakan sia-sia. Lebih elok PAS bertanding di Pekan kerana mereka pernah mengejutkan Najib apabila pemimpin itu hanya menang 241 undi pada Pilihanraya Umum Ke-10 dulu. Kini, hanyalah pengundi di Pekan tentukannya!]. 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.