script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Abdullah Sani: MTUC Cadang Cola Pekerja Swasta Di Wajib


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan mewajibkan majikan swasta membayar elaun sara hidup (Cola) kepada pekerja mereka.
Timbalan Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata perkara itu boleh dilaksana menerusi perintah gaji minimum yang sudah dikuat kuasa oleh kerajaan.
"Saya menyeru kementerian mengambil peluang memasukkan Cola ke dalam (perintah) gaji minimum, jadikan akta, wajib bayar dan siapa yang tidak bayar dihukum RM10,000 atau dipenjara," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Khamis.
Pada Disember lalu MTUC mencadangkan agar Cola sebanyak RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimanapun Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menolak cadangan itu kerana dilihat akan membebankan majikan.
Sementara itu, Presiden MTUC Khalid Atan ketika dihubungi Bernama, berkata berikutan pendirian MEF tersebut, MTUC meminta kerajaan campur tangan bagi mencari kata sepakat.
"Kerajaan perlu campur tangan dan MTUC tidak akan menolak sekiranya perlu untuk duduk bersemuka dan mengadakan perbincangan bersama," katanya. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. betullah wajib kan saja elaun kolar untuj pekerja swasta..kalau tidak majikan buat tak tahu saja. tambahan sekarang kadar sara hidup meningkat.

    BalasPadam
  2. betullah tu..wajibkan saja pada majikan bayar elaun kolar kalau tidak dia buat tak reti saja

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.