script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jawatan MB: Khalid Bidas Kenyataan Azmin Dan Zuraida !


SHAH ALAM - Pertukaran posisi Menteri Besar bukan semudah dijangka kerana ia membabitkan sistem monarki beraja yang dipraktikkan negeri, demikian reaksi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang sebelum ini menyebut posisi itu akan bertukar dalam menjayakan misi Langkah Kajang telah mencetuskan persoalan dari pihak istana.

"Pegawai istana bertanyakan saya perkara ini (tukar menteri besar) sama ada mereka ini (Azmin dan Zuraida) arif dalam memahami adat dan tertib istana serta enakmen negeri.

"Oleh sebab itu, saya rasa perbincangan melibatkan kerusi Menteri esar mesti mengambil kira peranan PR dan peranan Sultan. Kena faham dulu semua perkara bertindak," katanya ketika sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa PR berhak untuk mengadakan perbincangan dalam setiap perkara namun mereka perlu faham praktis sistem monarki dan enakmen negeri.

Kemenangan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di DUN Kajang 23 Mac lalu menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi dilihat bakal menggantikan posisi Khalid dan dengan kedudukan itu sebagai batu loncatan PR menawan Putrajaya. #sumber
Share:

2 ulasan:

  1. UMNO jer berebut jawatan dunia...PKR tak. Depa kan maksum.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.