script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ops Mencari Di Perluas Ke Kawasan Darat Guna Helikopter


SEPANG - Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diperluaskan di kawasan darat selepas terdapat kemungkinan bahawa ia telah berpatah balik atau “air turn-back” dalam penerbangan.

Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, operasi mencari di kawasan darat dan kawasan perairan lokasi kali terakhir MH370 dilaporkan terputus hubungan iaitu di Laut China Selatan berhampiran dengan perairan Vietnam.

“Dua kawasan pencarian ialah satu di bahagian Timur di mana ia dimulakan sejak hari pertama pesawat dilaporkan hilang dan kerana ada kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik, kita juga telah melancarkan operasi mencari di bahagian darat menggunakan helikopter.

“Pencarian turut dilakukan di kawasan perairan Pantai Timur dan juga Pantai Barat Semenanjung di berhampiran Pulau Pinang,” kata Zulkifeli dalam sidang mediadi Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Sementara itu, hasil siasatan radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MH370) memang cuba berpatah balik sebelum hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud berkata selepas pencarian sudah dilakukan lebih 24 jam ketika ini, pihak yang melaksanakan mencari dan menyelamat kini sedang cuba melihat kembali bagaimana operasi dilakukan supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih fokus.

“Apa yang kami lakukan ialah melihat kembali beberapa rekod yang diperolehi dari radar TUDM, kami melihat ada kemungkinan pesawat itu memang cuba berpatah balik,” katanya.

Rodzali berkata ekoran itu lingkungan kawasan mencari dan menyelamat kemungkinan akan diperluaskan lagi melibatkan keseluruhan Laut China Selatan.

“Pihak kami sudah memohon pihak berkaitan di Indonesia untuk membantu kami dalam perkara ini,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Remaja 16 Tahun Yang Lemas Di Pantai Tanjung Pahang Teluk Gading Pada 22 November Lalu, Ditemui Lima Kilometer Dari Lokasi Kejadian

ROMPIN: Kehilangan seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Pahang, Teluk Gading di sini berakhir apabila mayatnya ditemukan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.