script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pegawai Tertinggi Malaysia Di Marahi Keluarga Penumpang


BEIJING: Ahli keluarga penumpang warga China yang marah telah bertindak memarahi pegawai peringkat tertinggi dari Malaysia yang bertindak keluar dari bilik selepas 30 minit mesyuarat pada Sabtu berlangsung.

Pasukan itu yang terdiri daripada Duta Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin, Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dan Pengarah Pengurusan Trafik Udara DCA, Ahmad Nizar Zolfakar terdahulu secara bergilir-gilir menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli keluarga penumpang.
 Pegawai-pegawai berkenaan kemudian menjemput ahli keluarga yang terlibat menghantar soalan-soalan secara bertulis untuk tindakan susulan.
Ahli-ahli keluarga, yang datang dan bersedia dengan pembentangan PowerPoint untuk membangkitkan lebih banyak keraguan mengenai kehilangan MH370 berasa terkejut dan mula mencetuskan kekecohan.
Memandangkan mereka menjadi semakin sukar dikawal, pegawai-pegawai dari Malaysia memutuskan bahawa tindakan yang paling bijak adalah dengan keluar dari dewan.
Kekecohan ringkas telah berlaku apabila terdapat ahli keluarga penumpang yang menjerit dan memarahi pasukan berkenaan menuntut supaya mereka terus berada di situ.
"Sekarang anda telah melihat bagaimana kerajaan Malaysia melayan kami! Anda fikir bagaimana mereka akan melayan keluarga kami dalam pesawat itu?."
"Terdapat dua pembunuh di sini! Seorang daripadanya adalah perampas dalam penerbangan dan satu lagi adalah kerajaan Malaysia!"
Ahli-ahli keluarga terbabit berkata mereka percaya bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan kebenaran dan mengelak untuk bertemu dengan ahlikeluarga penumpang.
"Katakanlah tidak kepada pembohongan! Dedahkan kebenaran! Kembalikan kepada kami orang-orang yang kami sayang," laung ahli-ahli keluarga.
Beberapa orang ahli keluarga di situ bagaimanapun segera mengawal keadaan, menggesa supaya semua bertenang.
"Mereka tidak boleh datang dan meninggalkan China seperti yang mereka mahu. Orang-orang Cina mesti bersatu.
"Harus ada kepercayaan kepada kerajaan kita sendiri. Pegawai kita sedang berurusan dengan mereka sekarang.
"Kita tidak akan membiarkan mereka pergi. Mari kita duduk dan menunggu mereka di sini.". #sumber

Share:

2 ulasan:

  1. Kesian pegawai2 peringkat tertinggi Msia, kerna diarah oleh pemimpin2 mereka yg tidak layak mjadi pemimpin. Terimalah se adanya.

    BalasPadam
  2. china ambil gambar hari ahad, kelaur berita hari khamis. ambil gambar hari ahad, keluar berita hari khamis. 2 kali china buat macam itu.

    bila disoal kenapa lambat sangat release berita, mereka kata kena confirm dulu kesahihannya. baru boleh release berita.

    malaysia guna kaedah yang sama, kena maki hamun. china guna kaedah yang sama, kenapa tidak maki hamun.

    kalu mahu rasa bahangnya, cubalah ganti tempat hishamuddin dalam p.c untuk 2 atau 3 hari. kita tengok macam mana korang handle the situation.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.