script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Skuad "Remaja Pahang" Menjuarai Piala Mamee 1Malaysia


KAJANG - Skuad Remaja Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia selepas menewaskan Kelab Bola Sepak Presint 8 Putrajaya  2-1 di sini, semalam.
    
Mohd Shafiz Zariah muncul wira pasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menyaksikan perlawanan itu di Stadium Institut Penyelidikan Negara (INSPEN) dan menyampaikan tropi dan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 kepada pasukan juara.
    
Jurulatih pasukan Remaja PBNP Azaruddin Aziz gembira dengan kemenangan skuadnya.
    
"Selepas Mohd Shafiz menjaringkan gol, saya yakin kami akan menang dan pada 20 minit terakhir, pemain berjaya mengawal permainan," katanya.
    
Sebanyak 10 pasukan iaitu juara dan naib juara peringkat zon Utara, Timur, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur bersaing pada pusingan terakhir hari ini.
    
Kejohanan itu yang bertema 'Bukan Hanya Sekadar Piala' mengajak golongan belia bersukan bukan hanya mahu muncul sebagai juara di samping memupuk semangat setiakawan dalam kalangan belia pelbagai kaum di negara ini.
    
Sementara itu, 16 pemain terbaik daripada 180 pemain kejohanan itu akan diberi peluang menjalani latihan selama seminggu di Manchester United Soccer School (MUSS) di Old Trafford, England, April ini.
    
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Rakyat 1Malaysia Ung Su Ling berkata senarai nama pemain akan diumumkan minggu depan. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.