script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kerana Suara Anwar, Rejim UMNO Dan Barisan Nasional Akan Lakukan Apa Sahaja Demi Menghalang Ketuanan Rakyat Daripada Berkuasa

Situasi yang tidak menentu berlaku dalam negara sekarang ini adalah kerana ketakutan yang amat sangat UMNO dan Barisan Nasional terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya. Justeru itulah kini, pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak beriya-iya benar mahu "memati" Anwar dan seterusnya menghancurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Bagi Najib, dengan mematikan Anwar dari kancah politik negara, maka usaha ke arah itu lebih mudah lagi. Ini kerana, gara-gara suara Anwar itu menyebabkan rakyat secara keseluruhannya mula sedar dan bangkit menentang kerajaan BN hari ini. Malah Anwar juga dilihat berjaya memainkan peranan untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum untuk berjuang bermati-matian bagi mengembalikan "ketuanan rakyat" di negara ini. Selepas lebih 50 tahun BN berkuasa, nampaknya segala tindakan dan gerak geri mereka kini semakin dibenci malah dikritik oleh rakyat. Banyak tindakan kasar dan biadap dilakukan, semata-mata untuk menghalang suara rakyat terus berkumandang. Namun, kini segalanya bagai sudar tersurat kerana kebangkitan rakyat memang sukar untuk dibendung lagi. Di merata ceruk negara orang sibuk memperkatakan tentang zaman kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional kini mula merundum. Malah, Najib Razak juga dilihat adalah Perdana Menteri yang terakhir "Rejim UMNO dan Barisan Nasional" di negara ini.

Kes Liwat Si Saiful Dijadikan Batu Loncatan

Biarpun mereka tahu bahawa Anwar telah berjaya mempertahankan dirinya ketika kes liwat pertama 1998 dulu, namun puak-puak ini tidak akan berputus asa serta sanggup melakukan apa sahaja bagi menghalang Anwar menuju ke Putrajaya. Hasilnya, satu lagi "konspirasi liwat" terpaksa dilakukan, selepas tidak ada lagi cara lain yang lebih berkesan. Lantaran itulah kini kes liwat terbaru yang melibatkan anak muda "Saiful Bukhari Azlan" dilihat semakin timpang dan bercelaru. Biarpun pada awalnya, ramai yang meramalkan bahawa kes terbaru itu bakal menyaksikan Anwar tewas mudah dirakusan politik pihak terbabit. Namun kini, satu persatu kebobrokan yang berlaku dalam kes itu dibongkarkan. Selepas laporan perubatan daripada empat orang doktor termasuk tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur didedahkan, kini kes yang bakal dibicarakan dalam satu perbicaraan itu sekali lagi menimbulkan persoalan. Ia berkaitan kenyataan "panas" Pendakwaraya yang jelas tidak masuk akal sama sekali. Di mana pendakwaraya memaklumkan bahawa kes itu akan terus dibicarakan berdasarkan kepada spesimen DNA semata-mata. Ini bermakna, biarpun Saiful sebenarnya tidak diliwat oleh sesiapa berdasarkan kepada laporan perubatan HKL, namun mereka tetap mahukan ia diteruskan kerana terdapat bukti DNA perlakuan itu terjadi. Bukankah pelik dan aneh bunyinya. Ini bermakna apa yang berlaku terhadap perbicaraa liwat kali ini lebih teruk dari perbicaraan terdahulu. Semua ini berpunca daripada keinginan untuk mereka melihat Anwar "dimatikan" dari terus bersuara. Bukti DNA dijadikan asas perbicaraan kerana itu sahajalah caranya untuk mereka mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini.

DNA Mahu Digunakan Sebagai Asas Pendakwaan

Bagi melengkapkan konspirasi ini, patutlah kita ada mendengar baru-baru ini kerajaan BN beriya-iya benar mahu meminda akta DNA tersebut. Malah, lebih mengejutkan klausa yang dipinda ialah membabitkan pihak tertuduh tiada hak untuk mempertikaikan DNA yang sudah diperolehi dan disiasat oleh ahli kimi. Malah, bukti tersebut boleh dijadikan alasan kukuh untuk pendakwaan dan tertuduh tidak berhak untuk mempertikaikan semua itu. Ini bermakna, Anwar bakal terjerat dalam kes ini bilamana DNAnya telah dicuri oleh pihak polis. Biarpun "dubur Saiful masih suci dan teruna", namun ada kemungkinan DAN Anwar akan dipercikkan ke dubur beliau atau pun diletakkan di lokasi kejadian sebagai bukti. Ini amatlah tidak wajar dan jahat !! Mana mungkin asas DNA dijadikan sebagai bukti pendakwaan terhadap seseorang. Ini kerana DNA boleh diperolehi dengan mudah melalui rambut, bulu, air liur, peluh dan sebagainya. Jika ini berlaku, sudah pasti Anwar akan didapati salah atas satu kesalahan yang tidak berlaku. Asas kes liwat ialah kejadian liwat itu mesti berlaku dan terdapat bukti laporan perubatan serta pengesahan oleh doktor pakar. Kemudian barulah DNA boleh digunakan untuk tujuan siasatan. Namun, jika tiada asas mangsa diliwat, maka kenapakah bukti spesimen DNA mahu digunakan terhadap Anwar?. Ini adalah tindakan yang amat zalim !!.

Teknik DNA Anwar Diperolehi Secara Tidak Sah


Sudah dinyatakan DNA boleh diperolehi dengan berbagai cara dan kaedah. Asas untuk membicarakan kes liwat kali ini hanya berpandukan kepada DNA. Besar kemungkinan ia akan digunakan dan diletakkan pada tubuh Saiful atau tempat kejadian. Ini untuk membolehkan mereka mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan itu, biarpun agak hambar. Penguambela Anwar sudah pasti sukar untuk membuat pembelaan, tambahan pula contoh spesimen DNA berkenan tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk diperiksa serta diteliti oleh pakar DNA yang dilantik oleh Anwar sendiri. Ini berlaku di mahkamah baru-baru ini. Lantara itulah ada asa yang kukuh bahawa Anwar bakal disabitkan kesalahan ini dan akan dipenjarakan semula selepas ini. Inilah saja cara terbaik bagi mereka "mematikan suara" Anwar. Soalnya, bagaimanakah caranya DNA Anwar dicuri?. Terdapat laporan mengatakan kecurian berlaku ketika siaran langsung debat antara Anwar dengan Shabery Chik dulu. Difahamkan cahaya lampu yang terang dan panas telah dihalakan kepada Anwar menyebabkan beliau berpeluh dengan banyaknya. Ketiak siaran direhatkan untuk iklan, terdapat seorang krew yang datang kepada Anwar dan mengelap peluh mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dipercayai bahawa krew terbabit adalah salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mendapatkan DNA Anwar. Jika maklumat ini benar, maka ia sesuatu yang amat merungsingkan kita. Tambahan pula peluh tersebut bakal dijadikan asas dan bukti kukuh untuk mensabitkan DNA Anwar bearada pada tubuh Saiful dalam kes ini. Bukankah ini sesuatu yang amat mendukacitakan kita sebenarnya. Maka seharusnya rakyat bangkit dan menghalang ia berlaku !!

[Rentetan daripada ketakutan terhadap Anwar inilah yang menyebabkan mereka sanggup lakukan apa saja. Apakah kita harus berdiam diri dalam hal ini. Kerana Anwar telah berjaya menyatu padukan rakyat berbilang kaum. Malah, banyak krisis politik yang melibatkan PAS, DAP dan PKR berjaya selesai selepas Anwar turun dan bersemuka dengan pemimpin terbabit. Ini bermakna Anwar punyai Aura untuk mengembalikan ketuanan rakyat di negara ini. Itulah yang amat ditakutkan sangat oleh puak-puak UMNO dan BN sebenarnya].

Share:

29 ulasan:

  1. piraHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH ,siapa anuar ,pemempecah orang melayu yalah,mahathir dah angkat satu langkah lagi,allah tak izin,tu yang jadi gila babi sekarang,dari allah dinaikan ,dari allah diturunkan,maka tersungkurlal sinuar

    BalasPadam
  2. dimanik urai suara nuar tengelam.melayu atas pagar tolak

    BalasPadam
  3. anwar bukan pemecah belah org melayu...anwar pemecah belah UMNO...mana ada org melayu pas,pkr t\yang berpecah??yg berpecah melayu um,no jer..p[ergi jahanam lah dgn melayu umno

    BalasPadam
  4. Aku tak tahulah apa orang lain rasa..

    Tapi pada aku barang siapa yang berani mengucapkan..Waulahi, Wabillahi dan Wataullahi...
    aku tak ada pilihanan, bukan kerana aku percaya kepada pelafaz tetapi aku percaya kepada Allah yang menjadi sandaran si pelafaz, aku yakin dan beriman bahawa Allah Maha Berkuasa dan dia pasti mendengar dan melihat serta mengetahui kebenaran mubahalah hambanya dan pasti tidak ada apa pun yang boleh menghalang Allah untuk melaknat pelafaz secara serta merta!!! Boleh buat main ker mubahalah ini??? Apa Allah tak tahu? tak dengar? tak mampu melaknat?

    Mengapa al juburi tak berani bermubahalah?? kepada siapa lagi kita mengadukan hal dan menyandarkan harapan serta memohon petunjuk dan balasan kalau bukan kepada Allah?? Kepada Sulaiman Abdullah?? atau kepada Sakaran Nair .. aduhai al juburi- harap Allah sudi mengampunkan kau kerana memesongkan kebanyakan manusia dari mengetahui kebenaran !!!

    BalasPadam
  5. matkolumpo aku rasa kau tak nampak ke melayu PR berpecah-melayu PKR dan 2 kumpulan melayu PAS. dalam BN melayu hanya dalam UMNO. adake melayu dalam MCA atau MIC. gunalah akal. sekarang PR guna samseng untuk divert kes anwar. kes kat selangor tu kerja siapa?

    BalasPadam
  6. cikalang melayu selangor jangan manyak cakap! kita olang cina sudah pelintah ini negeli. itu khalid gagap memang bodo punya olang. itu pasal kita akan jaga sama dia kasi selamat. sapa mau kacau sama dia kita kasi turjun itu tingkap. lu ala tau ka? melayu selangor pegi malik kampong la, ini sah alam kita akan tukar bagi jadi itu syurga lunia, kita cinang mau cali makan. ini macam itu tak mole ini tak mole mana mole!bodo punya melayu! itu lu olang punya tok ketua sah alam pun talak otak munya samseng lu tau ka?

    BalasPadam
  7. sedap2 je menuduh orang. kau nampak dengan kepala hotak kau sendiri ke bangang.

    BalasPadam
  8. Tuan-tuan,
    tahukah anda Akta DNA tu diluluskan di Parlimen setelah pengundian 'belah-bahagi' berlangsung yang mana NASHARUDIN MAT ISA dan beberapa MP PAS dan PKR sendiri tiada dalam dewan. Akta tu lulus dengan kelebihan beberapa undi sahaja dan difahamkan jika MP Pas hadir, Akta DNA tu takkan terlaksana..
    Jadi, tuan-tuan nak kata apa? Wakil Rakyat yang kita sama-sama pilih tak hadir sidang parlimen...Aku bukan ANTI NASHA tapi bengang dengan sikapnya yangtak hadir tu...
    Tuan-tuan fikirlah sendiri...Akta DNA lulus kerana wakil tuan-tuan juga

    BalasPadam
  9. Memang betul kata forummer di sini. PKR mesti buat rancangan masa depan tanpa anwar. Mula2 jelaskan perjuangan. Sokong pelaksanaan hukum Allah atau tidak? Biar org Pas faham. Jgn main tipu2.

    BalasPadam
  10. Rancangan DSAI utk menghancurkan negara.
    sumber: Pusaka Ayahanda
    ----------------------------------

    Selepas bermesyuarat selama dua jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur semalam, pimpinan Pakatan pembangkang mengambil pendirian dan mempertanggungjawabkan Umno-Barisan Nasional keatas kematian Teoh Beng Hock.

    Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, bersama-sama Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan bersama berkata Pakatan Rakyat tidak mahu lagi mana-mana anak bangsa Malaysia menjadi mangsa percaturan politik jahat pemerintah.

    Hadir sama di situ adalah Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Isa dan Exco Selangor Teresa Kok.


    “Sebelum ini telah banyak kematian berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian Teoh Beng Hock merupakan kemuncak penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat,” tegas Anwar.

    Anwar mengaitkan kematian Teoh dengan kerajaan Umno-BN dan mendedahkan adanya perancangan terperinci Umno-BN untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

    Anwar berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak bertanggungjawab sepenuhnya memperkudakan SPRM sebagai alat Umno-Barisan Nasional.

    “SPRM telah secara berterusan menjalan siasatan dan membuat ancaman keatas pimpinan Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin BN tidak diendahkan,”

    “SPRM seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal-siasat mereka, Satu Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM,” kata Anwar.

    Anwar dan Pakatan Rakyat akan menyeru rakyat untuk turut serta mengutuk kezaliman Umno-BN.

    Pakatan pembangkang akan menyebarkan serta membawa suara mangsa ke segenap Malaysia supaya rakyat menghukum Umno-BN.

    “Kami percaya rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang ditubuhkan kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara,” kata Anwar lagi.


    Ini adalah merupakan talian hayat bagi Anwar setelah kes liwatnya yang bermula di mahkamah pada 15hb lalu gagal digugurkan oleh peguam2nya.

    Anwar pastinya akan menggunakan isu ini sehabis mungkin bagi menimbulkan suasana tegang serta tidak tenteram dikalangan masyarakat didalam negara.

    Setelah menyedari kehilangan sebilangan penyokong besarnya pada hari pertama kesnya dijadualkan di mahkamah, Anwar pastinya akan berusaha menonjolkan kembali namanya yang kian tenggelam sebagai "hero" rakyat Malaysia untuk menunjukkan bahawa dia masih lagi relevan untuk berkuasa.

    Dan isu kematian Teoh ini merupakan "peluang keemasan" untuk kembali popular disamping memberi tekanan kepada kerajaan seperti edisi "road protest" yang dianjurkannya pada 1998.

    Nyata Anwar akan sekali lagi mencetuskan huru hara dan kali ini pada skala yang lebih besar dengan isu yang dimainkannya ini lebih menjurus kepada perkauman. Anwar akan sedaya upaya menekan kerajaan Umno-BN dan dia pastinya akan berbuat apa sahaja untuk memastikan cita2 politiknya tercapai.

    Dan dengan kehadiran DAP, PAS, PKR dan "anak emasnya" HINDRAF dibelakangnya, Anwar pasti sukar dikekang.

    Pastinya tugas yang berat menanti para pemimpin negara terutamanya DS Hishamuddin untuk menangani kemelut ini. Semoga pihak2 berwajib akan sentiasa bertegas dan memastikan ketenteraman negara dapat dikekalkan.

    BalasPadam
  11. heran dengan PDO ni beria2 sangat nak cover pasal anu war ni...sebenarnya PDO ni yang pemecahbelahkan melayu..piiiirahh

    BalasPadam
  12. umno pengkhianat bangsa melayu..umno pengkhianat ugama..umno mesti ditolak untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  13. anoni, kalau nak menggunakan nama
    Allah, mulakan perkataan A huruf besar dihadapan.

    BalasPadam
  14. Anti Aljuburi, kata hang tak ada pilihan, tapi hang tengok ka saiful diliwat olih DSAI, hang ada saksi ka?
    kalau tidak lebih baik hang dok diam.

    jadi maca aku, bagi aku sepol ka, DSAI ka? depa dua saja yg tau cerita,
    yg menentukan siapa salah, tungu keputusan Mahkamah, sapa yg bersalah itu keputusan Hakim, kita yg nak jadi hakim jugak, tak payah le.

    kalau sokong umno pun tak semestinya nak mempertahankan sepol.

    kalau sokong pkr pun tak semestinya nak mempertahankan DSAI.

    kalau hg ANTI AL JUBURI, lebih baik
    hang pi dok nasihat pondan, bapok, maknyah diseluruh negara yg dok menjual maruah mereka.

    kalau setakat nak jadi Tuan Hakim,
    kepada kes sepol dan DSAI tak paya la, tak ada elaun pun

    BalasPadam
  15. Kepada org MELAYU pas DAN pkr..YG KORANG DOK BELA CINA BUNUH DIRI ATAU DIBUNUH GENG DAP TU KENAPA HAA..YG ANWAR DOK KALUT NAK BELA ORG APSAL HAA..SEPATUTNYA HANG PIKIAQ MCM MANA NAK LEPAS DARIPADA KENA BERHIJRAH KE HUTAN BLUH..HANG SAJA NAK KALEH PERHATIAN RAKYAT..SEPATUTNYA HANG DAN NIK AZIZ PIKIAQ MCM MANA NAK BAGI NIZAR NAMROD TU TAK LA JADI HANTU CINA..DOK PI PEGANG LILIN MCM APEK NAK MAMPUS APSAL NIZAR..KENAPA TUAN BLOG NI TAK SIAR GAMBAR NIZAR DOK NANGIS SAMBIL PEGANG LILIN SAMA.BARU LA ADIL..SAPA SOKONG PARTI KEADILAN SAMA SOKONG MUSUH ISLAM..

    BalasPadam
  16. saybas,anak2 melayu dah mula tahu membahas issue yang diutarakan olih pdo dengan baik dan matang,harap yang masih imosi tu dan bermemaki hamun,perbaikilah diri ,bahasa yang diguna adalah diri kita

    BalasPadam
  17. hehehe...


    TErima KAsih Atas Sokongan ANDA semua...


    HIDUP PDO!! HIDuP PDO!!

    kita KUSUTkan pikiran mereka YG GILA KUASA DAN WANG RINGGIT!!!...

    BalasPadam
  18. PDO tidak berseorang disini krn aku adalah talibarut no1 PDO. kepada bajingan bajingan umno dan BN berambus dari PDO.komen korang tk diperlukan disini.disni utk org yg anti kejahatan kezaliman memerangi pemimpin berperangai setan dan pengikut2 setan beliau.

    sekali lagi aku ingatkan anti aljuburi atau sesiapa saja nyah kau sblm aku sepaikan kepala hang semua. Ko ni tk tumpah mcm syaitan menyokong kejahatan kezaliman, berani ko kata tuhan tk laknat saiful krn saiful dipihak benar. Benar skrg tuhan bg peluang pd kalian utk membuat angkaraa sepuas hati kalian. Insyallah kalian akan ketemu jua balasan spt yg anti juburi inginkan. sabar menanti ya anti jubri....

    aku rasa nk sepak je muka kau skrg sbg hadiah dari aku hari ini wahai sedara syaitan...

    BalasPadam
  19. aku nak tengok ko boleh sepaikan kepala aku. sila kan. mari sini sebelum aku yang sepaikan kepala engko wahai penganut al juburi. kami semua tidak pernah takut akan penganut penganut yang tak berotak
    macam anon 1.17. kami pun tak gila kuasa macam PDO dan bosnya.

    BalasPadam
  20. anon 1.17 ni dah tak tahan kena hentam agaknya sebab tu suruh nyah dari blog.. kalau tak tahan mata n telinga dengar dan membaca kemungkaran yg dibuat oleh bosmu... jgn dok dlm blog ni... nak sepai kepala org konon...silap2 kepala ko yg tersepai dulu.... he3... tali pinggang hitam ke engko wahai anon...

    BalasPadam
  21. Anon 1:17 tu PDO sebenarnya..dah tak tahan dah dgn kebenaran yg kian nyata..selamat pecah kepala wahai saudara/i Anon 1:17.

    BalasPadam
  22. mari mari penyokong bn kita hentak mereka dalam blog mereka,serang mereka habisan2,mereka dah tak tahan

    BalasPadam
  23. Wahai saudara-saudaraku dlm umno ketahuilah bahawa kami tidak gentar atau kecut dgn seksaanmu.setakat ayat ayat kamu semacam cacing kerawit itu kami anggap budak budak tadika sdg bermain main. INi kan pula dugaan maha hebat ISA 40 tahun kami harungi.

    Wahai kaum kaum umno kami tetap disini walau di bom atau ditembak bertalu talu. Jasad kami tkkan berkecai selagi tekad nak niat kami membasmi kezaliman kejahatan kerakusan ketamakan. Silakan wahai puak puak umno membanting tulang menghentam lagi teruskan teruskan kami amat mengalukan hentaman anda..

    Alhamdulillah syukur nikmat allah

    BalasPadam
  24. Jika Umno ada hardcore team kami ada jihad team utk memerangi musuh musuh bajingan laknat perosak agama dimuka bumi malaysia.

    Fiisabiillillah!!!!!!

    BalasPadam
  25. Eleh jihad team konon pirahhhh

    BalasPadam
  26. Syukur alhamdulillah semoga allah merahmati ke atas hamba anon 1:51pm dan seluruh umat islam kerana jihad anda

    BalasPadam
  27. Pahangdaily....,

    Apa pun yang kau risaukan terhadap Anuar Ibrahim memang ada kebenarannya. Aku bersetuju apa yang kau risaukan itu.

    Walau bagaimana pun aku tidak akan bersedih jika UMNO-Barisan Nasional mahu memusnahkan kerjaya politik Anuar Ibrahim, kerana klon Anuar Ibrahim sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan beliau sekiranya berlaku sesuatu keatas dirinya.

    Percayalah, hilang satu Anuar Ibrahim akan muncul beribu klon Anuar Ibrahim dalam Malaysia.

    Dan "AKU" adalah salah seorang dari klon Anuar Ibrahim....roh dan semangatnya tetap akan bergelombang menguasai jiwa yang mencari kebenaran dan keadilan.

    Kalau penyangak UMNO "berani", klon Anuar Ibrahim "tidak takut"...!

    "Lawan tetap lawan"

    BalasPadam
  28. tak guna korang tulis beria2 kat sini.. sepaikan kepala la.. jihad la.. berani mati?? anda betul2 berani mati untuk parti anda? letak no tel. kat sini..

    BalasPadam
  29. tak faham anwar masih ada penyokong. kes setpol mati kat selangor, belum lagi bedah siasat anwar dah salah kan kerajaan.kan baik tunggu polis siasat baru cakap. geng PR ni adil bila untung diorang je.kes saiful dok postpone je itu lagi tak adil. bagi kami golongan profesional anwar kaki kelentong.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Projek 'Kuantan Skytrain' Yang Pernah Diwar-Warkan Sebagai Pemangkin Pembangunan Bandar Kuantan, Hanya Janji Politik Bermusim

KUANTAN: Projek Kuantan Skytrain yang pernah diuar-uarkan sebagai pemangkin pembangunan bandar Kuantan, disifatkan sebagai sekadar janji pol...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.