SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Isu Tragis: Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Hanya Kerana Dirinya Telah Menang Kes Hina Pakai Tudung Di Jerman

Ini adalah satu berita sedih yang baru kami terima menerusi email dari seorang sahabat. Kejadian ini sungguh mengejutkan dan pasti meruntun jiwa umat Islam di seluruh dunia. Tragedi menyayatkan hati ini jelas sekali cuba untuk disembunyikan oleh media antarabangsa bagi tidak menimbulkan kekecohan dikalangan umat Islam. Namun, sebagai rasa prihatin dan terpanggil untuk menyebarkan kisah ini maka dibawah ini kami paparkan email yang diterima itu untuk tatapan para pembaca budiman semua. Semoga cerita ini akan memberi pengajaran buat diri kita untuk dijadikan tauladan serta panduan yang berguna. Sebarkan info ini buat tatapan seluruh umat Islam.
"Kisah menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini (foto), yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro. Lelaki terbabit (jirannya) telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali !! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan? However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini. Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini baru betul-betul tragis. Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya juga ditembak.


Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan !! Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini. Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah"
[Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah serta suaminya akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat keberkatan dariNya. Kita juga mengharapakan agar adengan sebegini tidak akan berlaku dalam mana-mana mahkamah di negara kita hendaknya. Biarpun terkadakang ada juga kes-kes perbicaraan yang mengundang seribu persoalan, namun semoga semua ini akan mengalami perubahan dari masa ke semasa. Jadikanlah mahkamah kita benar-benar adil dan telus dalam membicarakan sesuatu kes. Namun, nampaknya ada juga sesetengah kes yang menimbulkan keraguan dan syak wasangka di kalangan rakyat jelata sebenar. Justeru itu, diharapakan agar mereka yang terlibat dalam bidang perundangan dan kehakiman dapat mengembalikan semula maruah serta integriti mahkamah kita selepas ini. Jangan dibiarkan masyarakat antarabangsa menggelarkan undang-undang di mahkamah dalam negara kita sebagai "Law Of The Jungle" sekali lagi nanti !!].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

hanya PDO yang ada keraguan dan syak wasangka.
manjung.

Anonymous said...

Begitulah nasib orang Islam di negara ini nanti jika kita biarkan DAP melalui PR, memerintah. Pastikan org Islam bersatu dlm satu pasukan menegakkan negara Islam di Malaysia, tak kira Pas atau Umno. Orang Islam Malaysia tidak takut berjihad melawan musuh Islam. Tak tahulah jika pemimpin Umno dan Pas pengecut.

pionopis said...

hanya sehelai kain penutup aurat,nyawa melayang...itulah nilai iman jika sudah melihat kebesaran Robnya...insyaAllah ukhti Marwa..jumpa di firdaus nanti..Allahu Akbar..!!!!

harakiri said...

Kat malaysia, pelajar pakai serban
kena buang sekolah, nasib baik tak kena bunuh macam kes kat mesir, lebih kurang je lanie, mesir dgn malaysia.

macam kat memali orang alim depa tembak ikut suka hati, kerana taatkan pemerintah yg zalim.

masaalahnya orang islam dah tak suka dengan ajaran islam lagi, depa suka islam hadhari, bolih berdandut bolih menari, akademik fantasia bersiri2, akademik al quran dan pun berhenti.

negara islam, judi, arak bebas dilaksanakan, lantak la, bila kena bala dari Allah s.w.t semua kena,
yang baik balasannya baik, yang engkar perintah dan hukum hudud balasanya adalah neraka jahanam,
nauuzubillahmizalik

harakiri said...

maaf pembetulan kat jarman bukan kat mesir, kesilapan amat dikesali

JAMILKUCING said...

Askm

Apalak kejam, di negara kita sendiri lebih kejam, di sana bangsa lain hentam bangsa lain,tetapi di malaysia bangsa sendiri hentam bangsa snediri.mana lebih kejam, umno melayu pas melayu tetapi kenapa umno henyak pas cukup-cukup.

Bangsa lain siap campak
dari atas bangunan. melayu lebih hina dari bangsa kafir yg bunuh orang islam,aku tengok orang arab di bukit bintang setiap hari,setiap jam,setiap minit, setiap saat.kebanyakan perangai bangsa arab ni lagi lebih celaka dari celaka. tak kiralah dari negara mana. arab tetap arab.

jamilanging said...

pooodah kucing ,pas tak henyak umno cukup2

Anonymous said...

pas tak henyak umno cuma pas dok maki hamun umno... itu la ajaran Islam bagi PAS ..tak gitu jamilanging

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]