KUANTAN, 3 Jun - Biar pun isu Lynas kini semakin panas dan hangat diperkatakan, namun masih ada ramai rakyat Pahang khasnya dan Malaysia amnya yang masih belum tahu serta faham tentang isu ini. Lantaran itulah sebuah laman blog "stop Lynas" telah ditubuhkan dan dilancarkan mulai 1 Jun 2011 yang lalu. Laman blog yang berlatar belakangkan warna hijau itu amat berguna kepada orang ramai kerana ia menghimpunkan segala maklumat tentang aktiviti, demontrasi, video berkaitan, siaran media, komentar pemimpin dan berbagai lagi yang berkaitan dengan isu berkenaan. Pendek kata rakyat lebih mudah mendapat bahan berita penting dalam satu blog. Oleh itu, orang ramai dijemput memeriahkan lagi aktiviti blog berkenaan, disamping menyebarkan maklumat kewujudannya kepada semua pihak. Blog itu diharapkan dapat menjadi sumber berita yang berguna kepada semua untuk lebih memahami apakah isu yang sedang diperjuangan oleh rakyat Kuantan sekarang ini. Sokongan semua adalah diharapkan untuk memantapkan lagi info dan penampilan blog ini. Kepada anda yang berminat untuk singgah ke blog tersebut, sila klik http://stoplynas.blogspot.com. (Sila sebarkan).
[Kepada mereka yang mempunyai bahan-bahan penting untuk dipaparkan ke dalam blog berkenaan. Agak menghairankan bila mana mereka yang tinggal di Kuantan dan sekitarnya masih belum faham atau ambil berat isu ini. Malah, peratusan orang Melayu yang peka kepada bahaya radiasi yang akan dikeluarkan oleh kilang tersebut amatlah rendah. Mungkin dek kerana media arus perdana berbahasa Melayu yang berterusan untuk menutup cerita sebenar tentang itu ini. Hanya Sinar Harian dan akhbar berbahasa Cina yang dilihat lebih peka dengan memaparkan isu sebegini. Lantaran itulah kita tidak hairan kaum Cina lebih ramai berjuang untuk menyelamatkan generasi akan datang dalam isu Lynas sebenarnya].

Syabas!
BalasPadamInilah yg sepatutnya. Kita mesti cuba sedaya upaya beri kefahaman kepada rakyat. mereka tidak mendapat gambaran sebenar. Hanya dibutakan oleh media arus perdana yg terang2 pro UMNO APCO.
Semoga semakin ramai rakyat mendapat gambaran sebenar tentang Lynas.
BalasPadamMohon artikel dalam blog stoplynas dipostkan juga dalam Pahangdaily supaya lebih ramai yg dapat membacanya termasuk pencacai2 najis UMNO-APCO.
BalasPadamSaya dapati banyak fakta menarik di blog stoplynas yg sgt perlu dikongsi di sini.