script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: PKR Cabar Najib Razak Dedahkan Rekod Perjalanan Bagi Buktikan Bukan Dia Ikuti Razak Baginda Serta Altantunya Shaariibuu Ke Macau!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini. “Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Saifuddin. Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002. Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu. Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene. “Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi,” ujar Saifuddin. Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah. Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isterinya yang dikatakan terima komisen bernilai 114 juta Euro.

Suaram Dedah Tiga Individu Uruskan Komisyen

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau berkaitan urusan komisen pembelian kapal berkenaan. Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel (foto). Dalam sidang media semalam, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat. “Lodin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002,” katanya. Beliau turut mendedahkan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin kepada Dewan Rakyat pada 2006 bahawa tiada bayaran komisen melainkan bayaran dengan tujuan koordinasi dan khidmat sokongan. “Ia bercanggah dengan kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amaris, syarikat pembuat kapal selam bahawa komisen itu dibayar oleh kerajaan Malaysia,” katanya menjelaskan saksi tersebut kini sedang dibicara di mahkamah Perancis.

[Sementara itu Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, individu misteri yang menyertai Razak Baginda dan Altantuya dalam penerbangan ke Macau boleh digelar sebagai Lelaki ‘Y’. Beliau mengatakan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bukanlah orang yang sebenarnya tahu mengenai kehadiran Lelaki ‘Y’ tersebut. “Kita sebagai ahli Parlimen seperti mana juga para wartawan, blogger dan rakyyat Malaysia teruja untuk tahu. Saya rasa bekas Menteri Pertahanan adalah orang yang paling sesuai untuk mendedahkan siapa individu tersebut,” kata Tian. "Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbicaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian. Beliau juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion]. Keadilandaily

Share:

8 ulasan:

  1. AKU ingat 10.09am kau ni memang dilahirkan manusia tapi perangai syaitan..itu sesuai untuk kau, begitu dendam kesumat kau pada DSAI, apa dia ada merancuk jubor kau ke? nak tahun gak......babi tak boleh di ajar

    BalasPadam
  2. Najib kata dia tak kenal pun dan tak pernah jumpa pun Altantuya. Tapi Allah akan tunjukkan juga satu hari nanti bahawa Najib berbohong. Ya Allah Engkau tunjukkanlah.

    Sepandai2 Najib melompat akhirnya jatuh ke tanah juga... tengoklah nanti. Mahkamah Malaysia bolehlah duduk bawah telunjuk dia... mahkamah antarabangsa tak dapek la nolong nya.

    BalasPadam
  3. Renung2 kan....minat kat bini orang pas tu bayar pampasan,bahasa kasar yg lain rampas bini org...haha terjebak pulak dgn artis kat PD,terusterang je la ziana zain,kelam kabut isa samad cover smpi ketua JAINS bengang letak jawatan terus xnk share dosa.....bg pulak razak baginda projek kapal selam, balasan Altantuya digasak,bila dh nk kantoi antar 2 org kambing hitam tu bom pakai C4,berkecai dgn harapan x dpt d kesan tp mendiang tu nasib baik sentiasa update kt kwn baik dia kt mana dia setiap masa tu yg najib kantoi....arah hakim lepaskan razak baginda sbb nk jaga rahsia....bila PRU 12 byk negeri kantoi antar rodwan yusof dgn ezam deal dgn saiful isu bontot,tp kantoi jugak sbb saiful jumpa kt umah tgn terketar2 la rupanya nk ambik biasiswa,kahkahkah...skrg ni plak antar Tmbik Chik perogol bawah umur nk kantoikan anwar tp yg kantoi najib sbnrnya....hahaha,sifir yg mudah najib ni asyik kantoi je memanjang....sejahat2 mahathir tp masih terlindung juga,se sembab2 muhyiddin yassin x penah jugak terjebak mcm najib ni,alahai najib alahai UMNO....ko mintak la tolong dgn Zul Kulim dan Ezam katak,jwpn err lg hancur la kau najib kahkahkah....

    dr bekas ketua pemuda umno cawangan PJ Selatan.

    BalasPadam
  4. Najib bijak untuk gunakan kuasa, polis dan media untuk cover nama baik dia. Tapi kalu perasan air muka dia lain sokmo bila cakap pasal Altantuya dgn isu Saiful. Mulut boleh menipu, air muka tak boleh sorok.

    Terlalu banyak Najib menipu rakyat dalam media walaupun baru beberapa tahun jadi PM. Aku yakin, satu hari Tuhan akan bayar cash juga segala perbuatan buruk si Najib ni.

    BalasPadam
  5. Najib ke oversea... singgah sana sini katanya cari rakan perniagaan bagus le tu maklum le bajet dah ada TNB punya takrif sekurang-kurangnya cover lebihan nak buat belanja sementara waktu, macam kontraktor kelas F jugak bergaya dulu le sikit pasal dah kautim projek dengan ketua bahagian,,konfirm dapat,,apa ada hal keluar sebiji 5 siries, contoh le.

    Kita semua tahu Najib memang bermasalah dan mungkin PM yang terpendek perkhimatan nya. Najib sedar hal ini, dan peluang bagi Mahyuddin yassin untuk mendaki terbuka luas, kalau nak guna gear manual payah ni. Kalau tak kerana desakan Mahathirlama dah Pak Lah letak Mahyuddin sebagai TPM, sebab tu masa Pak Lah pegang PM lama juga dia buat 2 kerja, PM dan TPM. Bila peluang terbuka Mahyuddin pukul Pak Lah dari belakang, tu yang Pak Lah kata "saya pun tak sangka depa nak pukul saya dari belakang"

    Altantuya bukanlah satu nama yang mudah hendak dibuang badi.
    Siasatan Peranchis keatas e-tiket ke Malta dah confirm 2 nama perniagaan besar, pembayaran komisyen yang di buat juga di dedahkan. Penafian atau apa pun dalih di buat, soal lain.Tinggal satu nama saja lagi untuk melengkapkan sabitan . Soal orang itu di panggil, hadhir atau tidak tak timbul lagi. Kalau dulu Mahathir dipanggil mahkamah dia boleh le letak syarat yang mahkamah tak boleh nak paksa-paksa. Semua rakyat Malaysia tahu hal ini, kalau Tun Salleh Abas pun boleh di buang, apa lagi yang kita boleh harap ketua hakim negara selepas nya.

    Hanya satu pilihan saja yang ada, pakat Peranchis turn over atau sekurang-kurang nya delay dulu selepas PRU 13, lepas tu apa nak berlaku belakang kira. Tapi mahkamah Peranchis bukan macam mahkamah Malaysia, lagi pun ketua hakim Peranchis bukan boleh di beli macam Ghani 4tail.

    Satu-satu cara yang ada memujuk Uncle Sam untuk memaksa Peranchis hold down kes ini tak kira le apa cara sekalipun dan Obama saja yang boleh melakukan ini. Sebab itu Najib menyeberang pulak lautan Atlantik untuk berjumpa Obama untuk Kautim hal tersebut sebelum terlambat.

    GEMBAR-GEMBUR MERAIKAN KEJAYAAN ANAK MENERIMA SEGULONG IJAZAH KAT AMERIKA ITU HANYA GIMIK MEDIA SAJA.

    Uncle Sam bukan bodoh kalau projek sekecil ini tak mampu nak buat sedangkan pulangan besar menanti rugi le dia. Bayangkanan lah kalau kapal selam yang baru sampai ke Malaysia pun diberitakan tak boleh menyelam boleh Peranchis berurus niaga dengan Malaysia sehingga melebihi 2 kali ganda harga yang dibeli negara lain, bodoh le Amerika nak biarkan besi buruk yang tersadai di padang pasir nya terbiar begitu saja di mamah matahari. Lagi pun lepas ini Malaysia akan menjadi lebih akrab sebagai rakan perniagaan yang cukup lumayan hasil mahsul kita pun boleh ditentukan nilai nya.
    Biasa le orang terhutang budi tergadai body

    Lepas ini tanggung le kita semua inflasi yang akan melanda negara seperti mana Tsunami melanda Jepun baru-baru ini.
    Nak menampung defisit yang berlaku selepas ini maka satu lagu baru akan di cipta dan dinyanyikan beramai-ramai.
    MAKA SELEPAS INI HANCUR LE MALAYSIA SEPERTI MANA HANCUR NYA MESIR, TUNISIA DAN LIBYA.

    BalasPadam
  6. Tak mustahil Najib akan mintak Obama kautim ngan Perancis. Sedarlah kita semua, sebenarnya kita berada di akhir zaman di mana dunia penuh dengan konspirasi. Najib sebagai ahli kehormat Freemason pastinya cekap bab2 konspirasi ni.

    BalasPadam
  7. Yang kaya terus kaya.. yang merana terus merana.. itulah 1 malaysia sebenarnya...

    Rakyat didahulukan - segala kesusahan dan kesempitan hidup rakyat yang merasa dahulu... rosmah mansur tak beli bawang dan lain-lain keperluan kat kedai..

    Pencapaian diutamakan - berapa banyak hasil yang boleh dicapai dan boleh dikaut untuk diri dendiri mesti diutamakan..

    BalasPadam
  8. Najib perdana menteri yg tiada idea,lemah,lembik,suka berfoya2,berucap pon tah apa2,membosankan,berbulu mata rakyat bila siRosmah kuar tv hari2 rasmi itu ini mengalahkan menteri2 lain . ....ahhhh NEXT..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.