KUANTAN 18 Jun - Peranan media dalam menyalurkan maklumat berhubung sesebuah organisasi amat penting untuk dihebahkan kepada masyarakat. Bagi sesebuah organisasi yang mantap, hubungan baik dengan pihak media amat penting dan perlu disuburkan dari semasa ke semasa. Menyedari hakikat itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan pertandingan boling persahabatan di Premium Lane, Kuantan Plaza di sini, baru-baru ini. Seramai 80 peserta yang terdiri daripada pengamal media dan kakitangan UMP menyertai kejohanan kali kelima yang bertemakan 1UMP 1Media 1Strike yang menyaksikan sebanyak 20 kumpulan menunjukkan bakat masing-masing bagi merebut hadiah utama. Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pertandingan itu bagi mengeratkan kerjasama antara kedua-dua pihak. Katanya, program tahunan itu dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan antara pihak pengurusan universiti bersama pihak media. ''Selain itu, peserta dapat menghilangkan tekanan dan penat bekerja dengan melakukan aktiviti sedemikian," katanya ketika merasmikan kejohanan tersebut. Sementara itu, Pengerusi Kelab Media Pahang (KMP), Nik Naizi Hussin berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha murni UMP dalam mengadakan pelbagai aktiviti bersama media. Pada pertandingan itu, wakil Utusan Airtimes Sdn. Bhd, Hanapi Mat Ripin mengungguli kategori individu lelaki dengan 491 jatuhan pin, manakala kategori wanita dimenangi oleh wakil RTM, Norjihan Yahya (449 jatuhan pin). utusan
[Mulai hari ini, pihak kami akan siarkan berbagai berita berkaitan negeri Pahang yang dipetik dari pelbagai sumber berita. Kami juga mempelawa pembaca menghantar apa juga bahan berkaitan untuk dipaparkan dilaman blog ini. Bahan-bahan menarik seperti aktiviti sosial, kebajikan, sukan, kampus, masalah setempat, majlis-majlis rasmi dan apa juga program yang tidak berorientasikan keuntungan akan diluluskan untuk siaran. Kami ucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak yang terus berkunjung dan menziarahi ke laman blog ini. Hits pelawat PDO terus meningkat dari masa ke semasa sejak akhir-akhir ini. Walau pun ada beberapa berita yang bercorak aktiviti dan majlis tertentu, namun PDO masih mengekalkan konsep asal blog ini iaitu mencerna minda rakyat untuk perubahan. Kami akan melaporkan segala maklumat dengan telus, berani dan sensasi. Sila hantarkan artikel serta berita anda ke pahangdaily@yahoo.com!].





