script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Penduduk Harap JBA Selesaikan Isu Air Yang Seringkali Terputus Di Kawasan Mereka!

KUALA KRAU, 19 Ogos - Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tetapi penduduk Kampung Kuala Krau sering diselubungi kebimbangan ekoran masalah air yang kerap terputus sejak hampir empat bulan lalu. Menurut seorang penduduk, Ahmad Shukri berkata masalah tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) namun hingga kini pihak berkenaan masih gagal memberikan sebab bekalan air kerap terputus. "Kami mahu mengetahui apa punca sebenar kerana sebagai pengguna sudah pasti mempunyai hak untuk mengetahui masalah atau kerosakan yang berlaku. Kami di sini risau kerana pada Hari Raya Aidilfitri nanti, air sangat diperlukan. Kami berharap masalah itu dapat diselesaikan segera dan JBA dapat menanganinya secepat mungkin", katanya. Sejak Julai lalu, lebih daripada lima kali bekalan air terputus dan adakala ia berlarutan hampir seminggu. Jika bekalan air dibaiki, tekanan air yang diterima pula sangat rendah. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah mereka mendapat bekalan yang sangat kecil menyebabkan mereka perlu bangun pada awal pagi sekitar pukul 1 atau 2 pagi untuk menadah air. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tinggi dan berbukit, mereka langsung tidak menerima bekalan air. "Sampai bila kami harus menderita sebegini. Selama ini, penduduk menerima bekalan air bersih dari Loji Kampung Batu Sawar selain mendapatkan bekalan daripada Sungai Pahang. Bagaimanapun kami tidak mahu mengambil risiko membawa anak kecil mandi di sungai itu kerana malang tidak berbau. Kami juga tidak mahu minum air sungai itu kerana bimbang dengan masalah pencemaran", tambah beliau lagi. Bagi golongan warga emas, mereka tidak mampu untuk angkut air dari Sungai Pahang. Hakikatnya, penduduk perlukan perkhidmatan terbaik daripada JBA kerana mereka juga membayar bil setiap bulan.

[Masalah air sememang
menjadi satu isu yang sering membelenggu rakyat terutamanya bagi mereka yang berhadapan dengan masalah tersebut. Oleh itu, pihak Jabatan Bekalan Air digesa memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna tidak berhadapan dengan masalah tersebut tatkala mereka sedang bersiap sedia untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. JBA perlu bersedia dengan alternatif baru untuk memastikan rakyat tidak bermuran durja menjelangnya musim perayaan ini. Bayangkan jika anak cucu dan menatu yang ramai balik ke kampung dalam masa yang sama. Maka sudah pastilah tekanan air juga akan bermasalah kelak. Oleh itu bersedialah menghadapi segala kemungkinan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.