Hari ini, tanggal 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadan 1432 Hijrah adalah detik bersejarah buat seluruh umat Islam. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama dalam Surah Al-Alaq.
[PDO juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh rakyat Pahang Darul Makmur. Semoga cuti ini akan dapat dimanfaatkan dengan aktviti agama yang boleh tambahkan keberkatan dan pahala di bulan Ramadan yang mulia ini hendaknya. Salam Perjuangan !!].