KUALA LUMPUR 17 Ogos - Genting Berhad (foto) menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya, naik 21 peratus daripada RM92.11 juta sebelumnya. Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal, kata Malaysian Business dalam satu kenyataan semalam. Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut. Eksekutif atasan yang tersenarai ialah Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay. Menurut kaji selidik tahunan “Pengarah Yang Dibayar Paling Tinggi” majalah perniagaan itu, syarikat tersenarai membayar ganjaran besar kepada pengarah mereka tahun lepas berbanding 2009 susulan keadaan persekitaran ekonomi yang bertambah baik. Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lepas, termasuk CIMB Group Holdings Bhd. Bank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak. Beliau menerima RM12 juta tahun lepas berbanding RM14.5 juta pada 2009. IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta. Sementara itu, dengan tiga syarikat iaitu YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement, Tan Sri Yeoh Tiong Lay terima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta tahun lalu.
[Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi. Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat. Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka. Soalnya sekarang, siapakah Pengarah Genting Berhad yang menerima ganjaran tertinggi itu. Berdasarkan rekod individu yang menjadi Pengarahnya ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof. Kesemua mereka adalah orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam yang terlibat dengan syarikat perjudian itu. Apapun, rakyat tidak terkejut dengan ganjaran tersebut kerana mereka hanyalah mahu satu perubahan].
Anon 2:43 PM, PKR terdesak ke atau umpornogok ? Mengaku aje le yang parti awak tu dah makin mereput, keh keh keh.
BalasPadamdah nk reput, sapa nk tonton,dunia pun taknak tengok hehehe....tapi dunia nk tahu crita sebenar ttng gadis mongolia!!!! ADA BERANI!!!!!
BalasPadamYTL power, rakyat terpaksa menangung beban kenaikan takrif letrik, hampa sapu juta2 setiap tahun, kami jadi mangsa..
BalasPadampru13 tukar kerajaan
APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...
BalasPadamDulu Pahang Cement..skrg dah jadi YTL Cement mcmana tu..
BalasPadam