
KUANTAN, 31 Ogos - Sebanyak 10 buah gerai jualan di Bazar Ramadan di Padang MPK2 dekat sini telah rosak teruk akibat dipukul ribut pada Ahad (28 Ramadan) lalu. Kejadian yang dipercayai berlaku semasa umat Islam sibuk berbuka puasa itu tidak mengakibatkan kecederaan kerana orang ramai sudah mula berkurangan di kawasan terbabit. Difahamkan, ketika kejadian hujan lebat turun di kawasan terbabit dan disertai dengan ribut yang cukup dasyat. Menurut seorang saksi, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan Bazar Ramadan Padang MPK2 berhadapan dengan Stadium Darul Makmur, Kuantan. Sebelum ini kejadian yang sama melibatkan lokasi lain seperti bazar di Mahkota Square, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah 1. Malah, awal Ramadan yang lalu kejadian yang sama berlaku di tapak Expo Jualan di Teluk Chempedak yang mengakibatkan lima buah kanopi rosak teruk. Kejadian terbaru yang berlaku ini sungguh mengejutkan ramai pihak terutamanya mereka yang berkunjung ke bazar Ramadan terbabit. Namun, ramai juga yang mengatakan kejadian yang berlaku itu adalah satu peringatan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang cuai terhadap kewajipan masing-masing. Ini kerana, ramai dikalangan peniaga bazar Ramadan sebenarnya membuka gerai jualan mereka sejak dari jam 4.00 petang lagi iaitu sebelum Asar. Ini menyebabkan ramai dikalangan mereka terlepas menunaikan solat Asar semata-mata mahu mencari rezeki berniaga di bulan Ramadan. Malah, selepas waktu berbuka puasa ketika itulah mereka sibuk mengemas barangan jualan masing-masing dan masih dilihat dikawasan terbabit hingga malam pada kebiasaannya. Ini menyebabkan, ramai yang terlepas menunaikan solat Maghrib, semata-mata mengejar keuntungan duniawi. Mungkin inilah yang dikatakan peringatan Allah.




Musnah, beginilah keadaan beberapa buah gerai jualan bazar Ramadan itu


Besi kanopi patah remuk akibat dipukul oleh ribut pada petang hari kejadian


Besi kanopi patah remuk akibat dipukul oleh ribut pada petang hari kejadian
[Justeru itu kepada umat Islam yang mencari rezeki di bulan Ramadan adalah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati selepas ini. Janganlah kerana ingin mencari keuntungan, mereka sanggup meninggalkan kewajipan kepada Allah SWT. Langkah membuka gerai jualan sebelum Asar juga antara penyebab masing-masing tidak sempat untuk bersolat. Apatah lagi selepas waktu tersebutlah begitu ramai orang berpusu-pusu untuk mendapat juadah berbuka puasa mereka. Senario ini sebenarnya berlaku di mana-mana sejak sekian lama. Ramai yang berniaga di Bazar Ramadan atas hasrat untuk mencari rezeki tapi akhirnya sia-sia bila meninggalkan tanggungjawab mereka itu. Malah, lebih mengecewakan lagi ada yang tidak menutup aurat dan berpakaian menjolok mata semasa berniaga. Ini amat bertentangan dengan kesucian bulan Ramadan itu sendiri. Lantaran itulah terkadang bala Allah datang tanpa diundang. Semuanya adalah satu peringatan untuk manusia-manusia yang lalai. Oleh itu berhati-hatilah].
Harap2 tak ada pihak yang menuding jari ITU ANGKARA BAN/UMNO!
BalasPadamBukit Kepong: Karpal mahu Mat Sabu tarik balik kenyataan
BalasPadam01/09/2011 2:51pm
GEORGETOWN 1 Sept – Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.
Karpal Singh berkata, Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-Pas dan saya juga tidak anti-Mat Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
Mat Sabu dah jadi Mat Sabun
BalasPadamAdik Beradik MatCermin.....
BalasPadamBalasan Tuhan terhadap MPK yang angkuh...!!!
BalasPadamahahahaha...siapa yang Angkuh
BalasPadamsape lagi angkuh aku la.... aku ade duit bro....
BalasPadamBegitulah cangkatnya pemikiran orang PAS...
BalasPadamKesimpulannya:
BalasPadamJangan pangkah dacing.
-MatCermin-
wahai sedara ku,yang ingkar dan angkuh adalah sebahagian peniaga dipasar ramadan tu kerana tak hiraukan waktu solat! Bilal azan mereka tak ambil kisah kerana nak untung dunia lebih waimma Masjid depan hidung.
BalasPadamtak kene mengene pun dgn MPK yg dikatakan zalim.Yg zalim anda yg fitnahkan MPK.
Kesimpulannya:
BalasPadamJangan pangkah dacing....
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Mai pangkah dacing...
Takde tapi-tapi.....
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Jangan pangkah dacing....
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Mai pangkah diri chek...
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Mai pangkah dacing...
Jangan Tidak-tidak....
Auw...Auww....Auwwwwww
-MinahCermin-