script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: SPR Perlulah Guna Kuasa Mencari Cara Berkesan Bersih Penyelewengan Pilihanraya


TEMERLOH, 16 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menggunakan kuasa diperuntukkan kepada mereka untuk mencari kaedah baru lebih berkesan bagi penambahbaikan usaha membersihkan senarai pemilih supaya kewujudan pengundi hantu atau sebarang bentuk penyelewengan dapat dielakkan. Timbalan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah (foto) berkata, penafian SPR kononnya tuduhan parti politik bahawa SPR gagal meyakinkan orang ramai terhadap peranan SPR dalam menyediakan senarai pemilih yang bersih, adil dan telus apabila terlalu banyak pendedahan gagal dijawab SPR ataupun dijawab secara tidak meyakinkan. Menurutnya, SPR bertanggungjawab menyediakan sistem kerja yang bebas terutama senarai daftar pemilih jika mereka mahu sistem demokrasi berpilihan raya berjalan dengan baik dan dihormati. “Peraturan sedia ada menyukarkan pembabitan orang ramai membetulkan kepincangan dalam senarai daftar pemilih kerana syarat bantahan dikenakan bayaran RM10, sedangkan ia amat penting dan sepatutnya dilakukan SPR dengan penuh ikhlas serta bertanggungjawab. “Kini, setiap bantahan dikenakan bayaran RM10 dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Keadaan ini tidak masuk akal jika senarai daftar pemilih yang dibantah terlalu banyak,” katanya.

[Hashim berkata, SPR perlu menyediakan kaedah yang membolehkan orang ramai terbabit dalam proses menyemak dan membantah senarai pengundi tidak sah serta tidak wajar tanpa mengenakan sebarang bayaran. “Bayaran kepada orang ramai yang membuat bantahan perlu dihapuskan kerana ia tidak menggambarkan ciri telus dan adil. SPR juga perlu memastikan hak orang ramai memilih pemimpin disukai dalam kalangan mereka adalah terjamin dan diperlihatkan keyakinan itu. “Jika SPR berpendapat bahawa akta baru atau pindaan akta perlu dilakukan untuk melaksanakan tanggungjawab itu, maka ia perlu diajukan kepada kabinet untuk dibawa dan dibahaskan di Parlimen,” katanya. Menurutnya, langkah SPR yang selama ini suka berdolak-dalik berhubung kelemahan dan kepincangan mereka dengan memberikan alasan tidak mempunyai kuasa adalah sungguh memalukan].
Share:

5 ulasan:

  1. Terima Kasih Mustafa Ali, Rakyat Tengok UMNO Lebih Islam Dari PAS...
    Terima kasih mustafa ali, setiausaha agung pas, kerana menuduh umnolah dalang serbuan keatas gereja DUMC, walau pun terang-terang jais mendapat restu dari hasan ali bekas persuruhjaya pas selangor untuk buat pemeriksaan.

    Membaca laporan mustafa ali tu, sahih la umno lebih islamik dari pas, umno lebih perjuangkan islam dan berjuang untuk menyelamatkan akidah umat islam walau pun ia tidak di senangi oleh oleh pengundi bukan islam, dari pas yang hanya bangga memakai perkataan islam di nama partinya tapi memperlekehkan perjuangan menegakan akidah umat islam sendiri, tindakan pas yang memaki hamun jais dari melakukan tugas amal makruf nahi mungkar menyerlahkan bertapa jahilnya ustaz-ustaz dan alim ulama dalam partai pas pis puss.

    Keluarnya kenyataan mustafa ali, secara tak langsung rakyat dapat melihat bahawa bertapa seriusnya umno menangani isu murtad yang di pandang ringan oleh pas.

    BalasPadam
  2. DAP Kuasai Pembangkang

    29 kerusi DAP, PKR hanya 25 kerusi, PAS ada 23 kerusi. 38 orang ahli parlimen pembangkang adalah bukan Islam, 39 adalah Islam. Kesimpulannya, menyokong pembangkang melemahkan kekuatan orang Islam dalam Parlimen


    Fikir-Fikirkanlah..... wahai kaum melayu ku

    BalasPadam
  3. ANON Wednesday, August 17, 2011 4:13:00 AM,

    X lama dah.
    Lepas PRU 13 ni PKR & PAS akan tambah banyak lagi kerusi.
    DAP pun sama.

    Sabar ye.

    BalasPadam
  4. APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...

    BalasPadam
  5. Dia ni suka glamer... banyak statment dia SYOK SENDIRI... kalah ketua penenrangan pusat... hehehe beri je la dia jadi calon... hehehe

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.