script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penguatkuasa 'JAIP' Di Minta Memantau Operasi KFC Dan McDonald 'Teluk Chempedak' Yang Jual Makanan Kepada Umat Islam Di Bulan Ramadan!

KUANTAN, 24 Ogos - Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diminta memantau operasi perniagaan restoran makanan segera "McDonald" dan "Kentucky Fried Chicken" yang terletak di Pantai Teluk Chempedak dekat sini. Ini berikutan terdapat banyak aduan yang kami terima mendakwa kedua-dua restoran terbabit didapati menjual makanan kepada orang Islam di bulan puasa. Aktiviti tersebut dilakukan secara terang-terangan tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. Malah, ramai orang Melayu yang beragama Islam menjadikan premis terbabit sebagai "port" untuk mereka membeli makanan pada siang hari di bulan Ramadan. Tinjaun kami ke lokasi terbabit mendapati orang ramai mula berpusu-pusu membeli makanan pada waktu tengahari. Aktiviti terbabit lebih mudah kerana kedua-dua premis berkenaan menyediakan perkhidmatan "Drive-Thru" yang membolehkan mereka yang berpuasa memesan dan membeli makanan tanpa perlu turun dari kenderaan masing-masing. Ini memberi keselesaan kepada mereka yang tidak berpuasa untuk berbuat demikian, terutamanya bagi yang menaiki kenderaan "cermin gelap". Malah ia juga berjaya mengaburi mata orang lain yang lalu lalang di kawasan itu. Biar pun niat premis terbabit hanyalah menjual makanan kepada orang bukan Islam, namun majoriti kenderaan yang dilihat berbaris panjang terdiri dari kalangan orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam. Jika ia melibatkan pelanggan wanita, mungkin ada pertimbangannya. Namun, ramai juga yang pelanggan lelaki kelihatan beratur membeli makanan di situ. Tindakan ini amatlah tidak wajar kerana larangan menjual makanan kepada orang Islam di bulan Ramadan telah pun ditetapkan oleh pihak berkuasa agama itu sebenarnya.


Perkhidmatan "Drive Thru" yang disediakan oleh restoran McDonald dan KFC
di Teluk Chempedak ini berjaya menggalakkan umat Islam tidak berpuasa

[Maknanya, dengan sistem "Drive-Thru" itu, ia jelas sekali membolehkan mereka yang tidak berpuasa membeli makanan pada siang hari dengan lebih berani. Malah, mereka yakin bahawa pihak jabatan agama sudah pasti tidak perasan dengan kegiatan terbabit. Apa yang lebih menyedihkan, petugas yang menjaga kaunter berkenaan adalah terdiri dari gadis Melayu yang beragama Islam. Soalnya, kenapa tiada pemantauan kegiatan ini sedangkan ia sudah berlalu hampir sebulan lamannya. Pihak JAIP diminta menjalankan operasi di kawasan terbabit demi menghormati kesucian bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga ia dapat menyedarkan orang Islam agar tidak sewenang-wenangnya melanggar perintah agama selepas ini].
Share:

4 ulasan:

  1. Ulamak boleh menceburi politik,tapi tidak berparti.Kerana mana mungkin parti yg di angotainya sentiasa benar apatah lagi bagi parti politik macam Pas,yg bersingkokol dgn DAP parti yg awal-awla lagi mengatkan 'langkah mayat aku dulu sebelum menubuhkan Negara Islam dan PKR ,parti yg berketuakan 'itu buikan saya' pelakon handalan bf.

    Seorang ulamak sebenar adalah mereka yg perlu membuat teguran tanpa mengira pihak mana,bukan macam NA,yg berdolak dalik mencari fatwa baru bagi membenarkan kelompoknya.

    Setakat ini Asri boleh tahan,tapi beliau sendiri suka melenting bila di tegur dan beliau juga kelihatan tidak hikmah untuk mendekati pihak lawannya.Saya selalu mendengar kuliah beliau ketika beliau belum memperolehi Phd. lagi,dan beliau memang selalu menyanggah apa yg di bawa oleh ulamak terdahulu,salah satu yg saya ingat ialah mengenai fadhilat sembahyag terawikh di bulan Ramadhan,dimana mengikut pandangan beliau ianya di lebih-lebihkan.

    BalasPadam
  2. Langsung tak masuk akal. Kalau betul menjual makanan kepada orang Islam, alasan membeli makanan untuk masa berbuka boleh digunakan? Puasa ini atas diri seseorang umat Islam itu, bukannya dipaksa. Jangan ekstrem sangat?

    BalasPadam
  3. Islam kata jangan jual hatta kepada org kafir supaya dia org tau puasa itu syiar org syiar.... nak makan juga suruh org kafir sediakan utk org kafir.....

    Bagi peniaga Islam pula.... juallah beberapa banyak pun......tapi tidak akan ada keberkatan...... ada berani???

    BalasPadam
  4. tp kekadang rs cam x relevan jek.. sbb suami sy pnh gak g drive thru time bln pose. sbb nk bg mkn anak sy umur 2 thn. ms tu sy kije & x sempat nk msk. drive thru ni la yg jd pilihan.. tlg la jgn wat kije yg mngarut ni. lbh baik g tgkap org islam yg terang2an g clubbing kt disko & buat maksiat kt sn. kn lebih berfaedah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.