script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bicara Liwat: Timbalan Pendakwaraya Soal Balas Pakar Forensik Dengan Laporan Perubatan HKL !

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Hari ketiga sesi membela diri kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Yusof Zainal Abiden (foto) menyoalbalas pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells. Yusof sejak dari awal konsisten cuba mendapatkan persetujuan daripada David untuk mengukuhkan dakwaan bahawa laporan perubatan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menimbulkan sebarang keraguan. Laporan itu merujuk kepada perkataan "konklusif" yang dianggap kurang jelas dan bukan amalan biasa bagi seorang pengamal perubatan untuk membuat catitan sedemikian. Malah ketika soaljawab oleh peguambela Sankara Nair semalam, David turut mendakwa berdasarkan salinan laporan tersebut, beliau menyifatkan ianya bukan ditulis oleh seorang doktor berpengalaman. Pengadu Saiful Bukhari Azlan hadir ke HKL pada 28 Jun 2008 dan memberitahu tiga doktor pakar yang memeriksanya bahawa beliau diliwat oleh seorang VIP dua hari sebelum itu. Beliau sebelum itu ke Hospital Pusrawi, di mana beliau telah diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang kemudiannya mencadangkan Saiful ke HKL.

[Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan, tiada sebarang kecederaan dikesan pada dubur Saiful namun beliau mendakwa berlaku kejadian liwat. David kemudian bersetuju dengan Yusof bahawa kebanyakkan kes rogol tidak semestinya mendatangkan kecederaan pada alat sulit mangsa. Yusof seterusnya memberitahu mahkamah terdapat satu kes sekitar tahun 80-an di mana sperma berjaya ditemui pada dubur mangsa rogol walaupun telah dicuci dan melebihi 30 jam. Namun David bertegas ianya merupakan kes yang amat jarang berlaku. "Masih tidak tepat dan ia masih kes tunggal. Saya gembira jika saya boleh temui perkara yang sama," ujar David].
Share:

4 ulasan:

  1. Selepas ini akan timbul cerita bahawa Sepol diliwat dan ditinggalkan dalam peti sejuk.

    Atau pun cerita Sepol dibawa mengikuti lawatan sambil belajar melihat penternakan penguin di Antartika selepas diliwat.

    Kalau tidak macam mana DNA dapat dikesan di dalam duburnya.

    BalasPadam
  2. Baru ku tahu bahawa lubang dubur Sepol adalah makmal rahsia yang berteknologi tinggi yang dimiliki Kerajaan BN, mungkin diselia oleh Bukit Aman. Kalau tak masakan DNA tu boleh bertahan lama seperti DNA yang dirujuk oleh pendakwaraya yang bertahan lama dalam ujian terkawal di dalam makmal.

    BalasPadam
  3. masa depan umno di tentukan oleh dubur saiful

    BalasPadam
  4. ini lah tahi yang ditinggalkan oleh mahatir dan daim,yang harus terus diperjuangkan oleh pemimpin umno pada hari ini

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.