script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mat Sabu Harap Orang Ramai Tidak Percaya Pro-Paganda Media Kononnya UMNO Membela Islam

TEMERLOH, 19 Ogos - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media UMNO pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam. Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Katanya, pergantungan UMNO sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman. “Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media UMNO pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang UMNO BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting? “Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA. “Saya kalau nak beritahu, UMNO kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Markas Darul Amin pada Rabu lalu.

[Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir. Turut buat ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli bentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sederap Menjana Kemenangan’. Mat Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu hakikatnya UMNO bukanlah membela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan memainkan "sentimen Melayu"]. sumber
Share:

7 ulasan:

  1. Benarkah kini PAS telah mengangkat perjuangan politik lebih daripada segalanya apabila persoalan berhubung akidah dan syiar Islam pun dipinggirkan demi hanya untuk undi dan pilihanraya?

    BalasPadam
  2. Anon 1:14 kat atas ni pompuan ke atau lelaki yg x gi solat Jumaat? Ataupun memang spesis UMNO yg pergi masjid time khutbah dah nak abis?

    BalasPadam
  3. anon 2:47:00

    Ini lah tanda penyokong Pas yg cakap ikut sedap mulut,tanda berhati busuk.Sangka mereka ,mereka sajalah yg baik,warak,kaki masjid dan masuk syurga.Yg tulis di atas tu aku,dan aku sempat sembahyang sunat,dan dengar khutbah dari awal hingga akhir,sepatah pun tak terlepas.Kandungannya berkisar berkaitan dgn kelebihan bulan Ramadhan yg sudah kian menghampiri penghujungnya.

    BalasPadam
  4. Dia solat ke tak solat itu urusan dia dengan tuhan. Tak tahu la pula kalau memang PAS yang satu-satunya yang berhak letak markah orang solat.

    BalasPadam
  5. Anon 1:14 tahniah sempat sunat tahyatul masjid dan sunat qabliah dan juga sempat dengar khutbah dari awal hingga akhir dan menunaikan solat fadu jumaat dgn penuh khusyuk, moga rahmat allah bersama kamu

    Seperkara yang utama berkaitan negara. walauapapun kami rakyat tetap akan pangkah PAS dan kami tetapa akan bekerja dgn PKR DAP sebagai satu pakatan seumpama UMNO MIC MCA akrab utk membentuk kerajaan menggantikan kerajaan BARISAN NASIONAL yg terbukti terlalu byk pancit bocor tiris dan tk keterlaluan akan papa kedana negara jika dibiarkan

    UNDILAH PAKATAN RAKYAT PRU13

    Pembangunan Kemajuan itu bukan hak milik barisan nasional tetapi ianya dgn IZIN ALLAH. abaikan ayat murtad ini demi islam sebenar

    BalasPadam
  6. anon 3:55 utk pengetahuan kami tidak minta derma satu sen pun dengan mak bapak kamu. jika kamu teringin nk kutip derma eloklah kamu bawa satu bekas dan duduk merempat kat jalan chow kit untung untung kamu dapat sesuap nasi

    jika diri itu bodo dan bahlul baik dok diam, atau ko gi mintak sedekah dgn najib atau pejabat umno sana byk pitih ibarat menggosok lampu aladin kuar pitih

    BalasPadam
  7. Kalau 2003 sampai 2008, umno macam bangkai bernyawa sebab dijajah oleh Tun Don dan anak menantunya, MAKA 2009 hingga KINI, umno dah jadi bangkai betul dah sebab dijoli oleh anak menantu Tun Razak.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.