
Beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar. “Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini sambil menambah, “saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan” Dalam satu kenyataan Mac lalu, Che Rosli pernah berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam. Katanya, jika sisa-sisa buangan ini dijana dengan betul satu penghasilan tenaga baru akan meningkat.
PAS Bakal Panggil Dr.Che Rosli Beri Keterangan
Semalam, Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) memberitahu partinya akan memanggil Che Rosli, yang dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri. Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS. “Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Tuan Ibrahim sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.” Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan telah memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng. Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas. Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya. PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu. Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah. “Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang dia telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.
[Sebelum ini, TV3 telah menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh mengatakan Dr Ahmad Termizi dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear. Che Rosli didakwa bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik. Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang tentang alam sekitar].
Nanti kalau memerentah,(harap-harap tak memulas)macam ni juga lah kelakuan Pas,tak boleh berlainan pandangan segera akan di panggil mengadap.Jadi apa kelebihan nya Pas ni ?.Tambahan pulak kalau TG keluar fatwa,lagi tak boleh di sanggah.
BalasPadamNampaknya ada 2 pendapat tentang Lynas.
BalasPadam1. Pendapat saintis
2. Pendapat ahli politik.
Agaknya siapa yang betul?
PAS ikut yang mana? Yang menutup kebenaran?
Islam ke tu? Masih tak sedar Allah dah buka kebenaran pun nak menipu jugak!!!
Nampaknya kerajaan negeri Pahang terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan projek kilang racun Lynas.
BalasPadamSehingga terpaksa memanggil Che Rosli dari parti PAS untuk membuktikan bahawa kilang racun Lynas itu selamat. Kalau dalam parti PKR dan DAP ada pakar nuklear pasti akan dijemput juga untuk membantu mempertahankan projek yang hampir siap pembinaannya.
Sebenarnya diantara politik dan sains mempunyai pendekatan yang berbeza dalam isu kialgn racun Lynas... Politik lebih fokas kepada pengaruh sedangkan sains mengutamakan perniagaan.
Pengaruh dan perniagaan melibatkan orang ramai yang akhirnya mempunyai kelemahan tersendiri. Pengaruh politik akan mengakibatkan perpecahan kaum. Dan perniagaan sains selalunya mengakibatkan kerosakan, kemusnahan dan kematian.
Apakah ahli sains sudah merasakan diri mereka begitu hebat kononnya mereka lebih memahami dari orang lain sedangkan hasil kerja mereka lebih banyak merosakakkan dunia dari mencipta kebaikan ?
Permainan dan arah politik jauh lebih berbahaya, diulang LEBIH BERBAHAYA berbanding LYNAS.
BalasPadamPermainan dan arah politik PAS jauh lebih berbahaya, diulang LEBIH BERBAHAYA berbanding LYNAS. Juga lebih berbahaya berbanding penyakit TB, AIDS dan SIFLIS!
BalasPadamWahai saudara MP, kami tidak nafikan keperluan tenaga alternatif tetapi cuba perhatikan isu-isu yg kami gusarkan n jgn tuduh kami melulu.Berbincanglah dengan kami dulu sebelum guna saluran yg selalu hentam kami dari sudut apapun.Isu lokasi dengan tempat kediaman atr yg berbangkit.Ciri2 keselamatan dgn tahap rasuah negara kita dan byk lg.Gunalah saluran parti,anta org politik wahai MP
BalasPadamSepatutnya Che Rosli perlu berada dalam jemaah dalam memberi sebarang pandangan.Walaupun beliau seorang pakar tetapi dalam Islam keputusan jemaah mendahalui keputusan individu.Pada saya beliau telah melakukan satu kesilapan yang cukup besar kerana menerima jemputan Karam Singh Walia sedangkan beliau sendiri kata perlu mendapatkan izin Presiden parti sebelum memenuhi undangan tersebut.Sekarang apa2 isu yang timbul dari projek Lynas ini,beliaulah yang akan menjawabnya bagi pihak TV3 dan Umno.
BalasPadamSelama jadi AP Kuantan. Takde apapun yang Fuziah buat. Akupun boleh jadi AP kalau macam tu...
BalasPadamPolitik DAP/PKR/PAS jauh lebih berbahaya, diulang JAUH LEBIH BERBAHAYA berbanding fahaman komunis dan najis dadah.
BalasPadamOleh kerana itu sokong dan undilah calon Pakatan Rakyat dari parti PAS, DAP dan PKR.
BalasPadamJangan bagi undi pada calon UMNO Baru. Mereka adalah pewaris penjajah dan baruah British.
Jangan undi PAS, DAP atau PKR. Mereka jauh lebih berbahaya berbanding komunis dan najis dadah.
BalasPadamCik ros jangan main wayang, kejap cakap sebagai ahli sains, sekejap lagi cakap sebagai ahli parlimen PAS.
BalasPadamNak jadi hero mesti pilih satu diantara dua... nak jadi ahli sains kah atau nak jadi pemimpin politik.
Jangan jadi baruah....
Biarkanlah kalaupun dia nak main wayang. Dia nak putar filem macam mana, itu hak dia. Namun apa2 pun cik ros kita ini masih seribu kali lebih terhormat dan berhak menerima puji berbanding makhluk berwajah manusia yang kononnya 'insan istimewa anugerah tuhan', tetapi kelakuannya mengalahkan hantu syaitan dan iblis!
BalasPadamumno dan barua mmg jahat dulu hingga selamanya. tima kasih umno & baruanya yg da kecut perut takut kalah. nk tutup lynas yg buang taik radiokatif pun takut, tapi buang islam tak takut, masuk neraka pun rasanya depa ni tak takut, sama berani dgn iblis laknatullah
BalasPadamBukit Kepong: Karpal mahu Mat Sabu tarik balik kenyataan
BalasPadam01/09/2011 2:51pm
GEORGETOWN 1 Sept – Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.
Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.
Karpal Singh berkata, Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-Pas dan saya juga tidak anti-Mat Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.
mat sabu dah jadi Mat Sabun
BalasPadamAdik Beradik MatCermin.....
BalasPadampara pemimpin umno sebenarnya selalu diingatkan begini, biar tak suka pun, kena setuju sahaja dengan PM. pro atau tidak, itu bukan soal, kerana mereka berpegang kepada parti. itu sebabnya yang salah pun dikata betul asalkan selari dengan kehendak pemimpin atasan.
BalasPadam'misnona' adalah contoh terbaik tipikal manusia yang telah dipeTIKUSkan mindanya, diperLEMBUkan otaknya, diperBACULkan dan diTUMPULkan deria akalnya dan diBUTAkan matahatinya oleh pakatan haram. Sebab itu, sama seperti pendewa pakatan haram yang lain, dia hanya leka memandang dan berangan untuk menggapi bulan bintang di langit tanpa menyedari akan hakikat dan fakta tinggirendahnya langit. Sayangnya dia terlupa satu fakta bahawa bumi tempat berpijak ini tidak hanya seluas padang bola!
BalasPadammmg xbahaya pun sbb kilang lynash tu xdibina kat rumah dia, klu bina tepi rumah dia baru bahaya, ahahahaha...orang umno ni buat kilang proses taik kat rumah dia pun xpa, sbb taat macam panglima tuah, ahahahaha...
BalasPadamBegitulah cangkatnya pemikiran orang PAS...
BalasPadamKesimpulannya:
BalasPadamJangan pangkah dacing.
Takde tapi-tapi.
Jangan Tidak-tidak.
-MatCermin-
Kesimpulannya:
BalasPadamJangan pangkah dacing....
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Mai pangkah dacing...
Takde tapi-tapi.....
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Jangan pangkah dacing....
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Mai pangkah diri chek...
Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...
Mai pangkah dacing...
Jangan Tidak-tidak....
Auw...Auww....Auwwwwww
-MinahCermin-