script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Suspek Kes Pembunuhan Wanita Perancis Iaitu Stefanie Foray Di Sambung Reman

KUANTAN 17 Ogos - Reman terhadap suspek kes bunuh wanita Perancis yang ditemui ditanam di sebuah gua di Pulau Tioman, disambung seminggu lagi. Lelaki berusia 36 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan Stefanie Foray (foto) dan penahanannya sepatutnya tamat semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran memberitahu bahawa suspek terlibat dalam perniagaan penyewaan alat menyelam. Foray yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas, dan susulan laporan polis oleh keluarga wanita itu menerusi wakil Perancis di Singapura, siasatan mendapati Foray ke Pulau Tioman pada 10 Mei dan tidak pernah mendaftar keluar. Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas.

[Nampaknya kes ini pasti menggemparkan dunia. Tidak sampai sebulan selepas Peguam Perancis yang membicarakan hal pembunuhan wanita warga Monggolia, Altantunya Shaariibuu diarahkan pulang oleh Jabatan Imigresen negara kita. Tiba-tiba ada pula warganegara terbabit yang ditemui mati dalam keadaan ngeri seperti itu. Apapun, kes ini mungkin tiada kaitan dengan kes berkenaan, namun hakikatnya masyarakat dunia akan melihat Malaysia adalah sebuah negara yang cukup tidak menyakinkan mereka untuk ke sini. Apakah kita mahu perkara sebegini menjejaskan nama serta maruah negara dimata masyarakt dunia agaknya].

Share:

1 ulasan:

  1. APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.