script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Info Cyber Dari Pelbagai Sumber !!

Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar foto dan info maklumat berkaitan) untuk memudahkan urusan yang berkenaan. Terima Kasih-PDO

Penduduk Kg.Asli Sg.Ruil Di Pindah Sementara

KUANTAN - Tragedi tanah runtuh yang mengorbankan tujuh mangsa di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highland dekat sini semalam, merupakan satu malapetaka. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, kejadian tersebut bukan berpunca daripada penerokaan tanah atau pemotongan lereng bukit, tetapi berlaku disebabkan fenomena alam sekitar. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat berlakunya pergerakan tanah selepas hujan lebat di kawasan berkenaan. "Kawasan itu juga tidak terlibat dengan sebarang bentuk penerokaan haram yang boleh menjejaskan struktur tanahnya," katanya. Akhbar hari ini melaporkan tujuh maut dalam kejadian tanah runtuh kira-kira pukul 5.45 petang di perkampungan Orang Asli Cameron Highland itu. Menurut Khai Mun, pihaknya telah mengarahkan penduduk di kampung berkenaan berpindah ke dewan serbaguna yang disediakan sebagai langkah berjaga-jaga. "Terdapat kira-kira 60 rumah dengan enam buah tertimbus manakala dua lagi terbenam terus. "Saya turut mengarahkan pemantauan di kawasan berhampiran seperti Perkampungan Orang Asli Sungai Soi kerana terdapat pergerakan tanah yang tidak stabil," jelasnya. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan punca sebenar kejadian. "Sehingga kini, pihak berkuasa masih jalankan operasi pembersihan di kawasan runtuhan," katanya.

Sebanyak 1,927 Saman Di Keluar Kepada Peniaga

KUANTAN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang mengeluarkan sebanyak 158 amaran kepada peniaga kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga di premis jualan mereka di seluruh negeri ini. Pengarahnya, Mohd. Aruwan Ab. Aziz berkata, pemeriksaan tersebut dijalankan sejak 1 hingga 4 Ogos lalu dengan melibatkan 1,927 premis. “Mempamerkan tanda harga merupakan kewajipan yang patut dipatuhi oleh peniaga,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini kelmarin. Tambahnya, pada hari pertama bazar Ramadan, ada segelintir peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga. Katanya, amaran yang diberikan itu adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. “Pemantauan yang dilakukan di bazar Ramadan di sini memperlihatkan rata-rata peniaga melaksanakan perintah yang dikeluarkan,” katanya. Sementara itu, katanya, bekalan seperti minyak masak dan tepung gandum di negeri ini adalah terkawal. Beliau meminta para pemborong dan peniaga dinasihatkan supaya meningkatkan bekalan masing-masing sehingga 20 peratus menjelang musim perayaan pada hujung bulan ini.

JPJ Pahang 'Promosi' Perkhidmatan Atas Talian

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memperhebatkan promosi perkhidmatan atas talian dengan memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai untuk berurusan dengan jabatan itu. Pengarahnya, Datuk Zakaria Man berkata, pemilihan lokasi seperti pasar tani dan pusat beli-belah akan mendorong orang ramai memanfaatkan kemudahan yang disediakan seperti pembaharuan lesen memandu, semakan saman dan semakan senarai hitam JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Perkhidmatan ini disediakan pada hujung minggu bagi memudahkan pengguna yang tidak mempunyai masa melakukannya pada hari bekerja. "Pada masa sama, JPJ berperanan membantu masyarakat yang tidak mempunyai kemudahan Internet untuk menyemak saman atau memperbaharui cukai jalan," katanya kepada pemberita selepas lancarkan pembukaan kaunter atas talian JPJ di Pasar Tani Mega di sini. Menurutnya, kaunter itu akan bergerak di zon yang telah ditetapkan iaitu Kuantan, Muadzam, Temerloh dan Raub. "Sebagai permulaan, kita buat di sini sebelum ke zon lain minggu berikutnya. Sambutan yang diberikan memberangsangkan dan akan tentukan kekerapan pembukaan kaunter berikutan sambutan orang ramai" katanya.

Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.