script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Kembara 'Bermotosikal' Komuniti Kepolisan Berjaya Dekatkan Polis Dengan Rakyat!

MARAN 12 Ogos – Kembara Bermotosikal Komuniti Kepolisan ke-11 Daerah di negeri ini menjelang Ramadan baru-baru ini berjaya mendekatkan polis dengan rakyat (masyarakat). Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, konvoi yang diketuai beliau itu bertemu dengan masyarakat bagi menonjolkan imej polis sebagai sahabat kepada mereka. “Di samping mengeratkan lagi hubungan antara polis dengan masyarakat, saya juga berpeluang bertemu dengan semua ketua polis daerah dan anggota pelbagai pangkat di daerah terbabit,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini kelmarin. Turut hadir, timbalan beliau, Datuk Fatimah Ghazali; Ketua Cawangan Khas, Datuk Ridwan Hashim; Ketua Jabatan Pengurusan, Asisten Komisioner Junaidi Mashud dan Pemangku Ketua Polis Daerah Maran, Asisten Supritendan Sulaiman A. Hamid. Sharifuddin berkata, konvoi tersebut memberi motivasi kepada anggota polis di samping menerapkan semangat berpasukan dalam kerjaya kepolisan. Menurut beliau, program itu berjaya menambat hati masyarakat dan mereka semakin mengenali tugas polis malah pada masa sama mempromosi kerjaya sebagai anggota polis.

[Satu program yang cukup bermanfaat bagi mendekatkan polis dengan rakyat sebenarnya. Rakyat kini dilihat semakin keliru dan membenci polis susulan beberapa insiden yang kononnya melibatkan keganasan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal Julai lalu. Namun, kini rakyat akhirnya perlu terima hakikat bahawa mereka tetap memerlukan pihak polis dalam menyelesaikan apa jua masalah dan insiden tidak diingini yang berlaku terhadap diri mereka. Akhirnya mereka perlu terima bahawa polis menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang hendaknya agar imej polis kembali diterima oleh majoriti rakyat].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.