script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Perutusan Aidil Fitri: MB Pahang Ingatkan Rakyat Supaya 'Pelihara' Keamanan Serta Kesejahteraan!

KUANTAN, 30 Ogos - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto) menasihatkan agar rakyat pelihara keamanan dab kesejahteraan yang dikecapi negara sekarang ini. Beliau berkata demikian dalam perutusan Merdeka Raya MB Pahang 2011 baru-baru ini. "Janganlah kita cuba mengada-adakan perkara yang mungkin tidak sesuai untuk negara kita. Ada orang cuba mengatakan mari kita bertukar kerajaan. Saya berpandangan dan berpendapat kerajaan yang boleh ditukar adalah dalam keadaan dua cara dan dua suasana. Jika kerajaan itu zalim dan jika kerajaan itu tidak dapat menjamin rakyat boleh mendapat kemudahan asas. Kalau sebuah negara itu kerajaannya zalim, rakyat kebuluran maka wajib kerajaan itu ditukarkan. Kita semua lihatlah adakah kerajaan kita seperti yang saya sebutkan tadi", kata Adnan. Malah kata Adnan, dapat dilihat semasa 9 Julai lalu (Himpunan Bersih 2.0) pihak polis telah dengan begitu toleransi dan kerajaan sendiri dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak menawarkan untuk sesiapa yang ingin meluahkan perasaan mereka pergi ke stadium. "Cuba kita bandingkan dengan sebuah negara Eropah yang kita tahu, kita lihat bagaimana rakyat telah melakukan rusuhan tetapi dibiarkan oleh polis kerana Menteri Dalam Negeri mengatakan negera berkenaan perlu diseliakan, diawasi mengikut keizinan masyarakat. Oleh sebab itu polis tidak bertindak apa-apa. Maka kedai, pasaraya telah dirompak. Bahkan ada juga rakyat kita yang menderita dirompak, cedera, tetapi akhirnya beberapa hari kemudian kita dapati pihak polis juga telah mengambil tindakan yang begitu tegas sehinggakan belantan digunakan, mereka digari, dipaksa baring atas jalanraya. Polis kita tidak buat begitu. Cuba kalau polis kita berbuat begitu. Saya percaya kiamat Malaysia ni. Akan adalah orang yang akan buat tuduhan berbagai-bagai", kata Menteri Besar Pahang lagi.

[Dalam pada itu, beliau juga berharap agar semua ini menjadi ikhtibar untuk diingati oleh rakyat. Ini katanya, rakyat negara ini tidak perlu terpengaruh dengan mana-mana kejadian yang berlaku diluar negara. "Kita sewajarnya bersyukur kepada Allah kerana walaupun kita berbagai kaum tapi kita harmoni, walau pun kita berbeza pendapat pandangan politik tapi kita tidak bergaduh, dan kita berharap dengan semangat Adil Fitri ini mudah-mudahan semua kita ini saudara sesama Islam benar-benar menunjukkan kita orang Islam dan orang Islam itu bersaudara. Kita mengamalkan bahawa, kalau kita sesama Islam bersaudara maka wajib kita menghormati dan menolong antara satu sama lain dan kita berpadu, bersatu padu, berteguh hati untuk kita menghadapi ancaman yang mungkin datang dari mana-mana" katanya. Adnan turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir Batin kepada seluruh umat Islam].
Share:

12 ulasan:

  1. pelihara keamanan??? woi denan, l****u laaa.

    BalasPadam
  2. Pelihara keamanan... Betul la tak kan nak pelihara peliwat/penzina tegar tu...

    BalasPadam
  3. Bukit Kepong: Karpal mahu Mat Sabu tarik balik kenyataan
    01/09/2011 2:51pm

    GEORGETOWN 1 Sept – Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

    Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

    "Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.

    Karpal Singh berkata, Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

    "Saya bukannya anti-Pas dan saya juga tidak anti-Mat Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.

    Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan. – Bernama

    BalasPadam
  4. Mat sabu dah jadi Mat Sabun

    BalasPadam
  5. Adik Beradik MatCermin.....

    BalasPadam
  6. cakap mudah. islam bersaudara. hormat satu sama lain. tetapi para pemimpin umno sentiasa menjadi pencacai, inilah kesan daripada kenyataan yang berdasarkan teks, yang mungkin ditulis orang lain, apa yang ditulis punm dia tak faham. secara prakteknya, jauh panggang dari api. fitnah memang asam garam pemimpin melayu kita. kenapa bila hari raya buat kenyataan yang indah-indah?

    BalasPadam
  7. 'misnona' adalah contoh terbaik tipikal manusia yang telah diperTIKUSkan mindanya, diperLEMBUkan otaknya, diperBACULkan dan diTUMPULkan deria akalnya dan diBUTAkan matahatinya oleh pakatan haram. Sebab itu, sama seperti pendewa pakatan haram yang lain, dia hanya leka memandang dan berangan untuk menggapai bulan bintang di langit tanpa menyedari akan hakikat dan fakta tinggirendahnya langit. Sayangnya dia terlupa satu kagi fakta bahawa bumi tempat berpijak ini tidak hanya seluas padang bola!

    BalasPadam
  8. MB suruh pemilik blog nie, jaga tepi kain sendiri. Dalam kain sendiri pun tidak terurus. Merempat sana sini. Sentiasa menyusahkan orang, mulut mcm palat, ckp besor, keta tak bayo 3 bln. Bini entah ke mana blk lewat mlm. Pirah...

    BalasPadam
  9. babi memang mcm tu...sebab takde sekolah untuk dia,apa kate kite mintak kerajaan ade kan sekolah utk dia

    BalasPadam
  10. babi lebih bernilai dr amno

    from harry lee kuan yew junior

    BalasPadam
  11. Begitulah cangkatnya pemikiran orang PAS...

    BalasPadam
  12. Kesimpulannya:

    Jangan pangkah dacing....

    Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...

    Mai pangkah dacing...

    Takde tapi-tapi.....

    Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...

    Jangan pangkah dacing....

    Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...

    Mai pangkah diri chek...

    Eh..Ehh....Ehhh...Ehhhh...

    Mai pangkah dacing...

    Jangan Tidak-tidak....

    Auw...Auww....Auwwwwww

    -MinahCermin-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.