Enggan Jumpa PAS, Tapi Bukti Tersiar Di Internet
Sejak penubuhan PAS, kata Tuan Ibrahim, rata-rata umat Islam tahu parti sentiasa berpendirian dengan tegas bagi mempertahankan aqidah umat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti sehinggakan hari ini UMNO and MCA masih menakutkan umat Islam dan bukan Islam bahawa kita satu parti yang ekstemis dalam mempertahankan aqidah umat Islam iaitu tak boleh judi, tak suka arak, membanteras murtad dan sebagainya. Disebabkan ketegasan PAS dalam isu membanteras murtad, kata Tuan Ibrahim PAS telah mengesa agar JAIS agar mengambil tindakan segera sekiranya cukup bukti selaras dengan peruntukan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh Kerajaan Selangor untuk mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah. “Disebabkan kekurangan maklumat, dan juga first-hand news, PAS turut mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kedua-dua pihak, Jais dan GMDU, tapi malang, kedua-duanya memilih untuk menangguhkan perjumpaan. Akan tetapi, pada masa yang masa, bukti-bukti JAIS pula mula terledak di Internet walaupun ia sepatutnya rahsia sehingga pendakwaan dibuat di mahkamah. Bahkan, lidah rasmi kami Harakahdaily sudahpun melaporkan bahawa terdapat percanggahan antara apa yang dinyatakan oleh pegawai gereja GMDU bahawa majlis makan malam anjuran Harapan Komuniti tidak mempunyai kaitan dengan agama dengan bukti video Jais ketika menyiasat di majlis makan malam GMDU yang kini hangat dipertontonkan di internet,” tambah Dato' Tuan Ibrahim lagi.
PAS Persoal, Kenapa JAIS Melengahkan Tindakan
Berikutan ledakan bukti video penyiasatan JAIS di internet, Tuan Ibrahim berkata PAS kini mempunyai dua persoalan utama dalam kontroversi ini. “Mengapa Jais masih berlengah-lengah untuk bertindak, dan juga kesunyi-sepian gereja mengenai percanggahan kenyataan pihak gereja dengan video penyiasatan Jais yang kini tersebar luas , namun keduanya tidak punyai jawapan sehingga ini PAS masih tidak dapat bertemu dengan kedua pihak,” soal beliau. Walaupun telah membuat pendirian tegas dalam isu JAIS ini dan juga menunjukkan keadilan dalam Islam sebenar dalam mencari penyelesaian adil dalam isu ini, namun kata Tuan Ibrahim media pro UMNO sehingga hari ini masih mendesak PAS untuk menyatakan pendirian. “Sebaliknya, rakyat masih sehingga hari ini tak tahu apa pula pendirian BN, khususnya UMNO dan MCA dalam isu ini selain sibuk serang PAS? Ada sesiapa dari seberang sana boleh jawab?” tanya beliau.
[Sememangnya dalam isu ini ia agak aneh untuk diperkatakan sebenarnya. Bayangkan pihak JAIS dan Gereja berkenaan tidak mahu berhadapan dengan parti PAS yang dituduh tidak peka dengan insiden berkenaan. Timbul persoalan, bagaimana dokumen seperti gambar dan video boleh terlepas ke tangan blogger-blogger pro-UMNO?. Sedangkan sepatutnya isu ini masih menjadi "fail sulit" pihak yang berkenaan. Apa yang berlaku ini, samalah dengan kes Video Seks Ketua Pembangkang seperti yang didedahkan oleh Datuk T dulu. Video original telah diserahkan kepada pihak polis tetapi anehnya bagaimana pula blogger-blogger pro-UMNO boleh menyebarkannya di blog masing-masing. Malah, video di naikturun ke laman Youtube secara tergesa-gesa dan tidak profesional. Selepas laporan dibuat oleh media arus perdana, tiba-tiba video pada Youtube dikeluarkan oleh pihak terbabit. Nampak benar adengan yang berlaku ini adalah satu sandiwara skrip yang sengaja direkacipta oleh pihak berkenaan untuk tujuan politik semata-mata. Oleh itu, rakyat diminta bersabar atas apa yang berlaku. Segalanya adalah menjurus kepada persediaan pihak berkenaan berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 itu sebenarnya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan