KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (foto) berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan. "Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi "Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya. Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya. Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya. "Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya. Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan. Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan mengundi.
[Kenyataan Pengerusi SPR ini terkadang nampak menarik dan baik untuk diperkatakan, namun disebalik itu timbul kemusykilan kenapa beliau kini mengeluarkan kenyataan "lembut" yang sealiran dengan kerajaan UMNO BN itu sendiri sekarang. Jika dulu, Tan Sri Aziz Yusof begitu lantang mempertahankan sistem SPR yang ada sekarang adalah yang terbaik dan beliau secara terang-terangan mengutuk perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu. Namun, kini nadanya sudah berbeza bahkan rentaknya pincang sama sekali dengan timbalan beliau sendiri. Apakah dia benar-benar insaf untuk melihat pilihanraya yang adil dan saksama tertegak di bumi Malaysia ini. Atau ia mungkin satu "trick" yang dilakukan untuk mengaburi mata rakyat supaya menerima apa saja ketetapan yang bakal dibuat oleh SPR pada PRU13 nanti. Inilah yang perlu kita fikirkan sekarang, kerana manusia tidak semudah itu akan berubah jika bukan kerana ada "udang disebalik mee". Apapun, teruskan perjuangan rakyat demi masa hadapan].

Dia mungkin dh sedar tak lama lagi akan di panggil Tuhan. Umur pun dah tua sangat. Dia bolih menipu satu dunia tapi tidak pada yg Esa.
BalasPadamDidepan sana hanya ada Syurga dan Neraka.
Pilihlah Aziz oi!!!
Dosa dengan Tuhan bolih di ampunNya tapi tidak pada dosa sesama manusia.
Malaysia semua kelakar lah.
BalasPadamHabis tu xkan ko nk tunggu sampai kitaorang buat bersih 3.0, nk sangat ke!!!!
BalasPadamSuruh MatCermin PR cermin diri dulu...
BalasPadam