KUALA LUMPUR 19 Ogos - Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda (foto) hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ummi Hafilda Ali ke atas beliau. Hakim Datuk V.T.Singham menetapkan 12 September ini untuk mendengar permohonan tersebut. Baginda Minda yang juga rakan perniagaan Ummi Hafilda, hadir buat pertama kali di mahkamah selepas kes itu difailkan beberapa bulan lepas sehingga Ummi Hafilda selaku plaintif memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Baginda pada 16 Ogos kerana defendan pertama tidak memfailkan memorandum kehadiran. Sementara itu, hakim menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan peguam Fahri Azad yang mewakili Malaysiakini Sdn. Bhd. sebagai defendan kedua supaya kes itu diselesaikan melalui proses mediasi. Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 itu menyaman Baginda ekoran penyiaran artikel di portal berita Malaysiakini yang didakwa berunsur fitnah serta jatuhkan maruahnya.
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
20 minit yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan