script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: Penduduk Merayu Kerajaan Negeri Adakan Tanah Perkuburan Islam Dengan Segera !


ROMPIN, 12 Ogos - Penduduk Kampung Perpat dan kalangan saudara baru Orang Asli di Kampung Kemendol, dekat sini ingin memohon kepada pihak tertentu khususnya Kerajaan Negeri menyediakan tanah perkuburan di kampung itu dengan segera. Tanah perkuburan di situ amat penting memandangkan berlaku pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan kes kematian di kawasan itu. Terdapat satu kejadian apabila jenazah penduduk di situ terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Rompin atau disemadikan di tanah perkuburan lain. Ada juga jenazah terpaksa dikebumikan di kampung tempat tinggal ibu bapa mereka yang terletak jauh dari kampung itu. Keadaan ini sudah tentu sukarkan proses pengurusan jenazah memandangkan terpaksa hantar jenazah di tanah perkuburan yang terletak jauh dari kampung ini. Keperluan wujudkan tanah perkuburan di kampung ini penting kerana urusan pengkebumian jenazah dapat dikendali segera tanpa perlu dibawa jenazah ke tempat lain.

[Selain itu, penduduk juga berhadapan dengan masalah van jenazah kerana tidak mempunyai kemudahan itu sejak sekian lama selain terpaksa menggunakan van sekolah untuk membawa jenazah. Justeru, penduduk di situ menerusi Jawatankuasa Khairat Kematian Kampung Perpat menjadikan kawasan berhampiran Jalan Ladang Felcra Tanjung 100 di situ sebagai tapak tanah perkuburan Islam. Permohonan dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin dan masih tunggu kebenaran tersebut serta berharap masalah itu dapat ditangani. Ahli Parlimen Rompin, Dato' Jamaluddin Jarjis (foto) yang kini sibuk menjalankan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat diminta ambil tindakan segera isu ini].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

1,500 Mahasiswa Anak Pahang Adakan Sesi Dialog Bersama MB Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Esok

PETALING JAYA:  Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang a...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.