script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Bahang Makin Terasa, UMNO BN Perlu Atur Strategi Untuk 'Pertahankan' Negeri Pahang Dari Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13

KUANTAN, 15 Ogos - Bahang Pilihanraya Umum ke-13 kian terrasa. Negeri Pahang kini dilihat antara yang paling sengit bakal jadi persaingan kali ini. Tambahan pula, negeri dilihat kurang tergugat dengan "Tsunami Politik 2008" lalu. Namun kekuatan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kini dilihat seimbang tidak seperti sebelumnya Kedua-dua pihak kini sedang sibuk mengatur strategi untuk memastikan kemenangan besar bakal tercipta pada PRU nanti. Soalnya, apakah UMNO BN berjaya mempertahankan negeri Pahang atau ia bakal jatuh ke tangan pembangkang pada kali ini. Ramai penganalisis membayangkan BN masih akan tetap berkuasa di Pahang berdasarkan kepada kekuatan mereka masih berpusat di kawasan Felda dan juga perkampungan orang asli. Tambahan pula jumlah kerusi DUN dan parlimen yang melibatkan kawasan Felda agar besar, dan ini merupakan "talian hayat" untuk BN terus berkuasa. Apapun, dijangkakan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal jatuh ke tangan pembangkang. Ini bermakna, BN hanya akan berkuasa dengan kemenangan mudah dan tidak lagi 2/3 seperti sebelum ini. Kenyataan ini berlandaskan kepada banyak kerusi majoriti kaum Tionghua bakal menyaksikan undi BN merosot teruk susulan kehangatan isu Lynas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Ia juga bersandarkan kepada majoriti kaum Tionghua kini dikatakan menolak Lynas dan sekali gus mereka akan menolak BN pada pilihanraya umum kali ini. Jika ini berlaku, maka UMNO BN pasti akan berhadapan dengan masalah lebih besar sebenarnya. Soalnya, apakah perkara ini akan dibiarkan mereka?.

UMNO BN Kini Atur Strategi Pertahankan Pahang

Justeru itulah UMNO BN Pahang pimpinan Menteri Besar Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto) kini sedang mengatur strategi merampas kembali beberapa buah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu, disamping mempertahankan kerusi mereka yang telah sedia ada. Kawasan parlimen berkenaan ialah P83 Kuantan (PKR) dan P82 Indera Mahkota (1,027), manakala DUN pula ialah N12 Beserah (1,541) , N32 Kuala Semantan (932), N38 Triang (2,469) dan N7 Tras (2,451). Apapun harus diingat pada Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu banyak kerusi panas yang hanya dimenangi dengan majoriti tipis dibawa 1,000 undi ketika itu. Antara kerusi terbabit ialah N10 Damak (509), N1 Tanah Rata (575), N14 Teruntum (293), N15 Tg.Lumpur (496), N16 Inderapura (873), N29 Jengka (596) dan N35 Sabai (145). Manakala itu pembangkang juga mengintai beberapa kerusi DUN lagi yang hanya dimenangi dengan majoriti dibawah 2,000 undi seperti N3 Padang Tengku (1,188), N4 Cheka (1,280), N5 Benta (1,358), N9 Tahan (1,357), N19 Panching (1,444), N24 Luit (1,068), N27 Jenderak (1,367), N33 Bilut (1,108) dan N37 Guai (1,941). Malah pembangkang juga kini mensasarkan untuk merampas beberapa buah kerusi panas yang dimenangi dengan majoriti dibawah 2,500 undi seperti N13 Semambu (2,136), N6 Batu Talam (2,415), N26 Chenor (2,468), N31 Lanchang (2,139) dan N30 Mentakab (2,439). Maka, jika ini berlaku kemungkinan besar pembangkang akan dapat menang dengan majoriti tipis di kawasan terbabit. Tambahan pula mereka masih ada aset empat kerusi sedia ada iaitu DUN Beserah, Triang, Tras dan Kuala Semantan yang akan dipertahankan. Maknanya UMNO BN perlulah bekerja lebih keras kali ini.

[Berdasarkan kepada jumlah sasaran mudah ini, maka pembangkang dijangka berupaya membentuk Kerajaan Negeri Pahang yang baru jika mereka menang di kesemua kerusi yang dinyatakan ini. Ini bermakna mereka perlu menang di 23 dari 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ingin melakukannya. Apapun harus diingat, antara semua kerusi yang dinyatakan itu, ada beberapa kerusi yang dijangka melibatkan pertandingan tiga penjuru iaitu N13 Semambu, N14 Teruntum, N10 Damak, N9 Tahan, N30 Mentakab, N24 Luit, N4 Cheka. Jika ini berlaku, maka sudah pasti cita-cita pembangkang tidak akan tercapai. Tambahan pula jika pertandingan tiga penjuru itu melibatkan calon yang popular nanti. Apapun, apakah UMNO BN akan berdiam diri melihat senario ini. Sudah pasti mereka juga menggandakan usaha untuk memastikan Bumi Pahang terus berada ditangan mereka pada PRU-13 nanti. Kini hanya rakyat yang perlulah bijak membuat keputusan demi masa depan mereka].
Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.