script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Penduduk Felda Jengka 10, Gusar Ketibaan Aidil Fitri Akibat Isu Air Yang Di Hadapi

MARAN, 27 Ogos - Seramai 120 keluarga peneroka di Felda Mawar Jengka 10, dekat sini gusar dengan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Ia berikutan masalah bekalan air yang kerap melanda kawasan terbabit masih gagal diatasi oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan penduduk gusar dan fobia untuk berhadapan dengan hari raya pada tahun ini. Menurut, Ketua Kampung terbabit Jantan Mat Saman berkata masalah itu bukan perkara baru bagi masyarakat peneroka di sini kerana ia kerap kali berlaku pada setiap tahun terutama pada Ramadan dan Aidilfitri. "Keadaan bertambah sukar apabila ramai sanak saudara dan anak peneroka yang pulang ke kampung kecewa kerana sering menghadapi gangguan bekalan air. Bagi rumah peneroka yang kedudukan mereka di kawasan tinggi menyebabkan tekanan air rendah dan tidak sampai ke kediaman masing-masing", katanya. "Saya juga bersimpati kerana betapa sukar keluarga terbabit menjalani ibadah puasa, memasak dan membasuh pakaian terutama dalam cuaca panas di kawasan tanah rancangan ini.vSelaku ketua kampung, saya ‘pening’ memikirkan masalah itu sedangkan ia adalah tanggungjawab Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP)", tambah beliau lagi. Beliau turut menyeru JBAP mengambil langkah proaktif membantu masyarakat peneroka di sini dengan mengambil tindakan segera dan pantas menghantar air menggunakan lori tangki ke sini."Saya juga mencadangkan supaya langkah jangka panjang yang boleh dilaksanakan agensi itu ialah menukar saluran loji Batu Sawar kepada Loji Sungai Utara yang lebih hampir dengan tanah rancangan ini", katanya.

[Masalah air adalah satu isu besar yang wujud di kawasan-kawasan Felda di Pahang sejak zaman berzaman lagi. Hingga kini ia masih gagal untuk diatasi atas berbagai alasan. Malah, kerajaan mengakui kos pembaikan untuk menukar paip-paip lama kepada paip yang baru menelan belanja ratusan juta ringgit. Mereka tidak mempunyai bajet sedemikian rupa katanya. Tapi aneg pula bila wang Felda boleh rugi ratusan juta untuk beberapa kerat individu tidak menjadi masalah. Inilah yang tidak adil buat rakyat sebenarnya. Namun, undi mereka terus ditagih setiap kali musim pilihanraya. Harga getah dan sawit dinaikkan, berbagai pinjaman kewangan diberikan hingga membuatkan peneroka terpedaya dan alpa dengan masalah air itu sendiri. Hanya generasi kedua yang berada diperantauan sahaja dapat membela dan tukar minda ibubapa mereka. Jika tidak sampai bila pun isu ini tidak selesai. Masa untuk berubah sudah tiba].

Share:

4 ulasan:

  1. Salam,tuan, mintak kerjasama tuan untuk link kan laman blog kami di blog tuan iaitu http://pkrcabangtambun.blogspot.com/ kerjasama tuan amat saya hargai.

    BalasPadam
  2. Bukan di felda saja, sebenarnya di hampir seluruh negeri Pahang. Sebagai contoh sekarang ini(27.8.2011, 2.22 am), kawasan seberang temerloh sedang menghadapi masalah yang sama. Masalah ini berlanjutan sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Ni bulan posa, masak x boleh(Makanan terpaksa dibeli,harga makanan la ni, lebih tiggi dari genting highland), membasuh x boleh(anak ponteng sekolah, x sempat basuh baju), mandi x sempurna dan banyak lagi. Lain2 lu (boleh) fikirlah sendiri. Sekadar meluahkan perasaan. TQ

    BalasPadam
  3. x de air.. pi cari sendiri la air.. duit raya rm400 kan da dpt.. beli la air dlm tong byk2...
    lps tu pangkah sklali lg bn...

    BalasPadam
  4. hari raya kedua di gugusan bera, tiada air projek paip air baru dari dulu lg duk negok macam tu jer tak siap-siap, buat pinjaman duit dari kerajaan banyak tapi masuk poket org tertentu jer untuk buat projek tah apo-apo..., beraya kat kampung negok banting, banner, kain rentang kemain lagi "felda banyak membantu kita berjaya..." dan macam-macam lagi laa slogan untuk memikat hati org.... mmg la membantu tapi membantu kronieee jer....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.