PETALING JAYA, 12 Ogos - Akhbar The Star pada Jumaat memohon maaf secara terbuka kepada pembaca beragama Islam berhubung tersiarnya iklan dan berita mempromosikan restoran tidak halal dalam sisipan bertajuk Ramadan Delights, Rabu lalu. The Star amat kesal di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pembaca beragama Islam. Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan. Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan. "Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Beliau berkata akhbar tersebut telah akui kesilapan dan akan siarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
[Sebagai umat Islam, isu sebegini sememangnya amat wajar untuk dimaafkan. Apatah lagi ia dilakukan pada bulan Ramadan Al-Mubarak diketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Soalnya, kenapa ia dilakukan dan apakah cukup dengan kemaafan yang dipinta oleh pihak terbabit. Sepatutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengenakan tindakan yang lebih keras termasuk menggantung permit akhbar terbabit. Ini kerana tindakan itu jelas sekali biadap dan sengaja menimbulkan perasaan marah kepada orag Islam. Alasan tidak menyedari semua ini adalahh tidak masuk dek akal kerana ramai juga kakitangan akhbar terbabit adalah terdiri dari orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam. Kenapa boleh terlepas pandang atas isu yang cukup sensitif seperti ini agaknya?].
pape pun kita tgk PRU nanti.aku dh bosan gler dh.
BalasPadammemang the star cari pasal,bukan mereka tidak mengetahui bab celaka iklan ni,ada umno cerita perihal ini kpd mereka???,apa yg umno ingin ceritakan sebab umno lebih teruk lagi dari seekor babi. Umno lebih sesat lagi dari kepuak mca and mic...
BalasPadam