script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Fuziah Salleh Tuntut Permohonan Maaf Dari TV3, Karam Singh, Dan Dato Ti Lian Ker Berkaitan Kenyataan Yang Memburukkan Dirinya

KUANTAN, 26 Ogos - Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh (foto) menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Dato' Ti Lian Ker. Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah. Beliau yang juga Naib Presiden PKR menuntut TV3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya. Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu. Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai”. Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila TV3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu. Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah Salleh dan menuntut kerugian serta tanggung kos guaman.


Antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ke sidang
media Fuziah
Salelh di Putra Balok Kuantan pada jam 11.00 pagi tadi
[Dalam sidang media yang diadakan di Putra Balok jam 11.00 pagi tadi kelihatan semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan. Antara mereka ialah Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang & YDP PAS Paya Besar), Andansura Rabu (Naib Ketua PAS Indera Mahkota & Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth), Vincent Jiam (NGO Save Malaysia Stop Lynas), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Ustaz Nasrun Amir (YDP PAS Indera Mahkota), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota), Siew Fook Chan (Timbalan Ketua PKR Kuantan), Mr.Sim, Hatta (PKR), Mr.Micheal & Mr.Tan (DAP) serta dua wakil dari Australia Mr.Ryan Gray (Perth) dan Azlan Adnan (Green Party)].
Share:

6 ulasan:

  1. bagus2..msih ade lagi ustaz2 yg sokong walaupon dah diterangkan oleh dr che rosli..ni la talam dua muka..aku sbgai org islam malu ade org islam mcm ustaz2 ni smua..

    BalasPadam
  2. Suruh MatCermin cermin diri dulu...

    BalasPadam
  3. LAIN X KLU NAK MENIPU KENA MASOK SEKOLAH MENIPU DULU.PUZIAH .....PUUZIAH.

    BalasPadam
  4. najib bapak penipu...

    BalasPadam
  5. Bapak ko lagi penipu!

    BalasPadam
  6. Lynas ada barulah fuziah ada. Kalu tak akupun tak tahu apa kerja dia jadi AP Kuantan selama ni. Dah dekat nak PU kot.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.