script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Kelantan Merancang Bina Lebuh Raya 63 Kilometer Dari Kota Bharu Ke Kuala Krai

KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Negeri Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu ke Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan PAS di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah. Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan. "Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka. "Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja. "Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

[Pengumuman yang pastinya mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Jika projek ini menjadi realiti maka ia merupakan satu tamparan hebat buat kerajaan pusat. Tambahan pula, rakyat melihat kerajaan pusat seolah-olah mendera rakyat Kelantan apabila hanya membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hingga ke sempadan negeri itu sahaja. Sebaliknya rakyat Kelantan terpaksa melalui jalan biasa untuk ke ibu negeri Kota Bahru. Malah, jika cadangan ini dilaksanakan kelak maka sudah pasti juga UMNO BN akan semakin sukar untuk merampas semula negeri Kelantan daripada pentadbiran ulamak PAS. Terkadang, bila sesuatu tindakan itu dilihat keterlaluan akhirnya rakyat semakin membenci dan mereka pasti akan merealisikannya dalam pilihanraya umum ke-13 ini pastinya. Fikirkanlah].

Share:

10 ulasan:

  1. Kebanggaan menjadi rakyat kelantan terserlah. sesungguhnya rakyat kelantan rakyat bermaruah berdikari berwawasan. Semoga Lebuhraya pertama dibumi kelantan ini akan membuka mata mereka yg buta mata buta hati selama lebih 50tahun merdeka

    BalasPadam
  2. Sebaik2 manusia ialah yg beriman iaitu Islam anutan, seburuk2 manusia ialah yg mengaku islam dlm masa sama tolak quran mujizat yg nyata dari subhanallah taala.Oleh itu cuba fikir ilmu hisab islam iaitu 6- 1 =0 . Tolak hudud sama juga tolak quran iatu 1 dari rukun iman. Hrp faham be....

    BalasPadam
  3. kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang islam di gereja yang dijalankan pada 2 ogos 2011 beralamat di dewan 3, damansara utama methodist church (dream center) jalan 13/1,seksyen 13 ,46700 petaling jaya ,selangor de.
    LATAR BELAKANG
    pemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'thanksgiving diner program itenary' seperti alamat di atas.
    tindakan berdasarkan seksyen 10 enakmen jenayah syariah (negeri selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama islam.
    siasatan juga dibuat mengikut enakmen agama bukan islam (kawalan perkembangan di kalangan orang islam ) negeri selangor tahun 1988.
    program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.
    operasi ini disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama jabatan agama islam selangor dibantu oleh sepasukan polis diraja malaysia seramai 20 orang daripada IPD petaling jaya dan sea park.
    PERLAKSANAAN OPERASI
    taklimat dibuat di pejabat jais pada jam 8.40 malam
    bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.
    tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3.
    jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.
    semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.
    anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.
    anggota pdrm dan jais yang tela memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.
    sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.
    anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang islam hadir di majlis tersebut.
    maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'alhamdulillah dan allahuakbar'.
    terdapat juga satu borang kuiz islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.
    sementara itu, anggota yang menjaga ointu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.
    setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

    Part 1

    BalasPadam
  4. 12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI
    1) nadeane binti che mohd salleh (sofea) .
    ic 79xxxx-01-6094
    2) muhammad khairul dhillon bin abdullah
    ic 69xxxx-08-6039
    3) ina reima fitriza binti mahadzir
    ic 85xxxx-71-5018
    4) ade andrian putra bin mahadzir
    ic 94xxxx-02-5609
    5) nea reima mareana binti mahadzir
    ic 90xxxx-02-5778
    6) rasyidah binti abd razak
    ic 77xxxx-01-5908
    7)nur umrah binti abd razak
    ic 95xxxx-01-6002
    8) mohd haslan bin bob hasnan
    ic 80xxxx-10-5045
    9) faridah binti abdul rahman
    ic 71xxxx-12-5478
    10) nur al ashikin bt shaikh dawood
    72xxxx-10-5072
    11) faridah bt abdul latep
    ic 72xxxx-71-5256
    12) sahrunida bt assad
    ic 81xxxx-08-6246
    terdapat ibu bapa yang beragama islam membawa anak-anak kecil.
    ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
    jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan islam.
    peserta islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.
    nyanyian 'alhamdulillah dan allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).
    soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
    majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;
    - bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.
    -baju yang dipakai oleh bukan islam adalah baju kebaya,kebangsaan dan kurung.
    -cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
    -majlis diadakan di premis kristus.
    -salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. jawapannya 'i believe in god'.
    FAKTA TAMBAHAN
    tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.
    (sebarkan fakta in kepada seluruh umat islam di malaysia ) PENTING !

    Part 2

    BalasPadam
  5. Situasi itu dipanaskan lagi dengan isu Kitab Injil berbahasa Melayu ketika Pilihanraya Negeri Sarawak, baru-baru ini. Bermati-matian Khalid Samad dan Pas menyokong isu itu di Sarawak. Kononnya, Kerajaan BN diskriminasikan agama Kristian. Tujuannya, mereka mahu memenangi hati pengundi di Sarawak yang majoritinya beragama Kristian. Sanggup jual diri kerana gilakan kuasa?

    Dalam hal itu, BN telah menjelaskan bahawa kitab itu hanya untuk terbitan di Sarawak dan Sabah sahaja. Itupun tertakluk kepada pemerintahan Kerajaan Negeri memandangkan kedua negeri Boneo itu memiliki kuasa autonomi sendiri. Hasilnya, kitab itu hanya dibenarkan di Sarawak dan Sabah, manakala diharamkan di Semenanjung Malaysia. BN tak tipu rakyat dan tidak hipokrit. BN adil dalam melaksanakan polisinya demi kepentingan rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama ini. Maklumlah..BN kan berpengalaman luas!

    Kini, Khalid Samad jadi pejuang Gereja pula. Rasanya, kalau tak silap saya, hampir semua gereja yang berada di Shah Alam sudah dilawati Khalid. Sebab itu namanya sinonim dengan “gereja”. Dalam mempertahankan Gereja, Khalid kini sanggup membelakangkan Islam dan bekas ketuanya, Hasan Ali. Malah di dalam mesyuarat khas PAS berkenaan “perbicaraan” Hasan Ali mengenai isu insiden pemeriksaan JAIS – DUMC, dikhabarkan Khalid mahu Hasan digugurkan dari memegang jawatan Exco Selangor dan dikenakan tindakan disiplin.

    Rentetan dari peristiwa di atas, yang menghairankan saya, Pas hanya mengikut rentak Khalid Samad, DAP dan PKR. Pas lupa pada prinsip perjuangannya yang asal. Saya tahu Pas sudah menukar slogan “Negara Islam” kepada “Negara Kebajikan”. Tapi itu tidak bermakna Pas boleh membelakangkan prinsip perjuangan Islam kerana mereka juga beragama Islam!

    Janganlah kerana sayangkan kuasa, sayangkan konsesi politik Pakatan Haram dan sayangkan DAP atau PKR, hingga Pas sanggup melacurkan agama Islam. Pas perlu ingat, bukan mereka saja yang beragama Islam. Kami juga muslim dan beriman kepada Allah! Jika Pas terus bersikap begini, maka benarlah slogan yang berbunyi “DAP ganti Pas”! Pas dan DAP sudah sama saja sifatnya sekarang.

    Jelas sekali Pas kini sudah terlalu liberal. Liberal Pas membawa mereka ke satu fahaman yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim iaitu pluralisme. Dan pluralisme pula diiktiraf sebagai satu fahaman yang sesat. Mungkin sebab itulah Pas berani menyokong Ambiga yang menyokong IFC, sebuah badan yang memperjuangkan kesamarataan agama. Sedangkan jelas sekali bahawa kedudukan Islam adalah sebagai agama yang terunggul di Malaysia dan tidak boleh disama ratakan dengan agama lain serta tidak boleh dipertikaikan lagi.

    Wahai Pas! Berubahlah kembali ke jalan Allah. Bersatulah demi Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara dan matlamat Pas untuk berkuasa tidak menghalalkan Pas untuk menjual Islam sebagai prinsip dan pegangan hidupnya. Pas wajib bermuhasabah. Inilah jadinya bila ulama cuba menjadi ahli politik. Kuasa politik didahulukan, Islam dikemudiankan…

    Part 2

    BalasPadam
  6. Malaysia Negara Islam, mmg betol sebab PM orang Islam, Rakyat ramai Penganut Islam, tapi undang2 rasanya, orang umno fikirlah sendiri.

    Negara Islam yg diakui olih umno mengikut Ajaran Rasulullah atau syok sendiri, dengan segala kemaksiatan yg diberi Lesen, sudah cukup menghalalkan cara.

    BalasPadam
  7. UMNO ITU TAIK
    PAS ITU BERSIH SUCI
    BOLEH KAH TAIK NK DICAMPUR DENGAN BENDA BERSIH SUCI. TKKAN NAMANYA BODOH

    TAIK UMNO DAKWA ISLAM AGAMA MEREKA.PERLAKUAN UMNO IKUT ACUAN YAHUDI. FAHAM KE TIDAK APA ITU ISLAM. ISLAM ITU BUKAN PADA NAMA ISLAM. ISLAM ITU WAY OF LIFE. SETIAP PERLAKUAN SEHARIAN KAMU KENA IKUT ISLAM. RASUAH ZINA ARAK MENIPU TIDAK ADA DALAM ISLAM. KEBURUKAN INI ADA DALAM UMNO. KERANA APA UMNO SEJAK DULU KINI SELAMANYA MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI DRAMA MINGGU. TIADA SEKOR PUN ORG DLM UMNO INI BERJUANG UTK AGAMA SEMUANYA UTK KUMPUL WANG WANG WANG..PROJEK PROJEK MEGA.

    WAHAI ANON YG BIJAK BISTARI CUBA KAMU SENARAIKAN ORG UMNO YG BERJUANG UTK AGAMA DAN YG TINGGAL DIRUMAH KAYU KAMPUNG MCM ORG KAMPUNG BIASA.

    NK CAKAP PASAL ISLAM KENA BELAJAR DULU YA ANON PEMBELA UMNO. JANGAN PANDAI SEBUT SYHEIK AL.AZHAR JE...SEMAYANG 5 WAKTU KENA TAHU. KENA TAHU DOSA PAHALA, HALAL HARAM ITU DINAMAKAN ISLAM, PENGANUT ISLAM, ITU ITU BUKAN PADA NAMA KAMU WAHAI ANON YG DIRAHMATI ALLAH.

    MAY ALLAH BLESS U..buat anon anon yg berkenan

    BalasPadam
  8. anon anon umno taik ni memang bodo bodo bodo org ckp pasal lebuh raya...dia cakap pasal umnosial yg busuk membusuk umpama taik shit

    BalasPadam
  9. KUALA LUMPUR 11 Ogos – Rusuhan ganas di London dan beberapa bandar lain di England seharusnya membuka mata rakyat Malaysia mengenai betapa buruknya kesan sesuatu perhimpunan haram, kata beberapa pemerhati sosial.

    Mereka berpendapat, rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh untuk mengadakan demonstrasi jalanan, termasuk yang terlibat dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas, wajar mengambil pengajaran bahawa tiada pihak yang dapat memberi jaminan perhimpunan yang bermula aman akan terus berlangsung dalam aman.

    "Apa pun punca rusuhan itu, kita rakyat Malaysia perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada kita mahu tragedi serupa terjadi di Malaysia?

    “Mahukah kita kehilangan nyawa kaum keluarga dan kemusnahan harta benda peribadi dan awam?" kata Prof Datuk Hamdan Adnan ketika diminta mengulas keganasan meluas di England

    yang berterusan selama tiga hari sejak 8 Ogos.

    Kejadian yang turut melibatkan perbuatan mencuri dan merompak premis perniagaan dan pembakaran kenderaan, bangunan, pasar raya malah balai polis oleh ribuan perusuh itu, juga seharusnya membuka mata rakyat negara ini betapa cekap dan tepatnya tindakan polis di Malaysia dalam menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas itu, katanya. – Bernama

    BalasPadam
  10. cekap kepala hotak hang.london rusuhan bermula sbb polis tembak mati seorang anak kulit hitam. di msia polis tembak mati kanak kanak 14 tahun tanpa kesalahan rakyat tk merusuh. polis kita cekap haram jadah

    di msia perhimpunan aman bukan rusuhan woi menatang bodo.perhimpunan ini bukan dibuat suka suka hati tetapi ada sebab.sebab apa mu tahu sb kerajaan haprak. skrg dh lbh 1.5 juta pati didaftar utk jd warganegara dgn mudah semata mata utk jd pengundi bn. jika ini mu kata kerajaan mu ni baik mu buta kayu....negara ini akan jadi bollshit dlm masa terdekat bukan krn perhimpunan aman tetapi kerana kerajaan mu gadai negara semata mata kuasa

    walaubagaimanapun tahniah kerajaan mu tetap akan menang pru13 walau dgn cara apa pun krn jika mereka kalah bermakna mereka ke tali gantung.utk itu askar dan polis telah di set utk siap sedia utk sebarang kemungkinan, jika bn kalah pru2 walau pun dgn bantuan 1.5 juta pati terhormat askar dah standby utk ambil alih kuasa bermakna pakatan rakyat tidak mungkin membentuk kerajaan.

    inilah yg dikatakan kerajaan bn bersih cekap amanah...mana mungkin mereka akan membiar diri mereka di gantung atau dipenjara

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.