script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pihak Pentadbiran UM Di Gesa Hapuskan Budaya Cheers Pada Minggu Haluan Siswa Universiti Itu !!

KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Pihak Pentadbiran Universiti Malaya digesa mengarahkan kolej-kolej kediamannya menghapuskan budaya "Cheers" yang sering diterapkan ketika berlangsungnya program Minggu Haluan Siswa (MHS) di universiti tersebut. Sebagai universiti Malaya selaku kampus tertua dan terbaik Malaysia maka anasir luar negara dan ideologi barat dengan hiburan melampau seperti ini haruslan dihapuskan. Kreadibiliti universiti terbabit akan terus jatuh dan merudum jika budaya seperti ini terus dikekalkan. Budaya "Cheers" yang menyebabkan pencampuran bebas antara mahasiswa dan mahasiswi di universiti itu dikhuatiri akan merosakkan akhlak sebahagian daripada mereka. Tambahan pula tindakan melaung dan mengayakan "Cheers" itu jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya Melayu itu sendiri. Budaya itu juga bakal menyebabkan fokus utama Minggu Haluan Siswa tidak dapat dihayati dengan baik kerana terlalu kerap berlatih dan melaungkan "Cheers" saban hari hingga larut malam. Sedangkan fokus utama MHS adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa baru tentang suasana ilmiah dan progresif di kampus serta keintelektualan mahasiswa universiti bukannya pelajar sekolah menengah. Bagi yang beragama Islam, agama Islam menolak hiburan melampau sehingga melupakan Tuhan (Allah) dan terlalu lalai dengan dunia. Mengapa? Kerana Islam menganjurkan hiburan secara sederhana supaya kita tidak mudah dipengaruhi dengan budaya-budaya yang tidak berfaedah yang boleh merugikan kita pada masa hadapan. Latihan serta laungan "Cheers" hingga larut malam dan setiap hari sangat tidak menguntungkan mahasiswa dan mahasiswa baru universiti terbabit. Kerana kepenatan berlatih pada waktu malam menyebabkan solat Subuh (bagi beragama Islam) terabai dan tidak terjaga. Manakala fokus untuk setiap slot seperti penerangan pentadbiran serta aktiviti lain tidak dapat ditumpukan dengan penuh perhatian akibat momokan tentang "Cheers" kepada pelajar baru.


Apakah budaya seperti ini wajar diterap kepada para pelajar baru agaknya
[Sebagai tanda bantahan, satu kempen "Kami Bantah Budaya 'cheers' di Minggu Haluansiswa UM" telah dilancarkan pada 11 Ogos lalu di laman sosial Facebook. Misi kempen tersebut adalah untuk menjadikan Minggu Haluansiswa Sesi 2013/2014 adalah SESI PERTAMA TANPA Penerapan 'Cheers' kepada pelajar-palajar baru Tahun Satu Universiti Malaya. Misi diberikan tempoh dalam jangka masa dua tahun. Susulan dengan itu pihak berkenaan perlulah mengambilkira sensitivi agama dalam menganjurkan aktiviti seperti ini pada masa yang akan datang. Budaya seperti ini wajar dihapuskan kerana ia langsung tidak mendidik jiwa dan meningkatkan tahap ketakwaan golongan mahasiwa terbabit terhadap agama Islam itu sendiri. Kerajaan juga digesa campurtangan dan mengambil pendirian tegas terhadap isu ini. Semoga jalan penyelesaian terbaik akan memberi kelegaan kepada semua pihak].
Share:

3 ulasan:

  1. apa punya teruk lah UM ni betul2 mcm org asli di hutan Amazon secara tak landung boleh melalaikan siswa/siswi baru kalau lah ketika acara ni dilakukan mati lah salah seorang dari mrk (yg beragama islam)mati krn dah sampai hkum jwb nya mati katak lah (mati tak ingat Allah swt) mati mcm haiwan bukan manusia. dlm UM ramai pakar2, Professor2 tp mengapa jadi mcm ni memang saling tak tumpah mcm org asli merayakan sesuat acaram keagamaan...inilah budaya umnongok/Bee End...jgn pangkah dacing krn dacing nya dah tak betul, timbangan nya selalu berat sebelah.

    BalasPadam
  2. Dlm cerdik ada juga bodohnya..

    BalasPadam
  3. boring aa korang ni. korang tak faham. korang cuma boleh cakap pumpang2 kat blog jela. tak kemana nya.

    p/s - komen macam power, tp Anonymous.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.