
TEMERLOH, 25 Ogos - Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini melahirkan rasa kesal dan membantah arahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang melarang penyampaian tazkirah Ramadan di semua masjid dan surau seluruh negeri ini. Sementara itu Ketua Pemudanya, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (foto), menganggap ‘pengharaman’ berkenaan sebagai satu kejutan baru di Malaysia selepas negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam. Baru-baru ini, telah muncul di sebuah stesen televisyen dalam slot berita tengah hari (22 Ogos lalu) mengumumkan larangan mengadakan tazkirah Ramadhan di semua surau dan masjid seluruh negeri Pahang dengan alasan telah menggangu ibadah orang lain dan majlis ilmu. Difahamkan, kebanyakan masjid di bawah MUIP sudah menghentikan majlis tazkirah selepas sembahyang zohor dan sembahyang tarawih. Shahril dalam edaran medianya yang kesal dengan arahan tersebut, menyoal adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau Exco Kerajaan Negeri lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.
Nyatakan Kebenaran Bukanlah Bermakna Politik
“Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah untuk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, bukannya mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu. “Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman. “Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?” soalnya. Shahril juga berkata, kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang halang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama. Tambahnya, tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al-Quran yang dibaca ketika bersolat.
Kejahilan Akan Bertambah Andai Agama Di Sekat
Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia. “Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al-Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk dan iman semakin menebal. “Perlu diingat, kejahilan umat Islam dalam menghayati ajaran Islam dalam segala aspek kehidupan boleh menjerumuskan umat Islam kepada gejala murtad. Adakah pihak Muip akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak diatas kejahilan umat Islam di Pahang yang boleh membuka ruang kepada terdedahnya gejala murtad?” soalnya lagi. Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supayaTimbalan Pengarah MUIP, Dato' Sri Wan Hj Abdul Wahid bin Wan Hassan (foto) menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan beri kesan kepada kehancuran sebuah negara itu.
[Awal Ramadan yang lalu, Exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Wan Adnan Wan Mamat (foto) pernah mempertikaikan tazkirah semasa solat Tarawih atas alasan ia berunsur politik dan mengelirukan umat Islam. Malah, beliau juga berharap agar pihak berkenaan mengambil tindakan teas atas perkara ini. Persoalannya, memang benar bila bercakap agama ia akan menyentuh soal sikap dan perangai seseorang Islam itu sendiri. Makanya, apakah membaca ayat-ayat Allah itu boleh dikategorikan sebagai politik? Sedangkan ia terkandung dan termaktub dalam Al-Quran. Manusia perlu didik agar menjadi lebih baik dari semalam. Maka, jika larangan ini dikuatkuasakan akhirnya ajaran Islam itu sendiri akan tersekat dan besar dosanya bila menghalang penyebaran agama Allah atas muka bumi ini. Justeru, pihak MUIP diminta mengkaji dulu sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Ingatlah, Allah melihat apa yang kita kerjakan. Oleh itu, bekerjalah untuk agama dan bukannya untuk kepentingan politik tertentu].
Nyatakan Kebenaran Bukanlah Bermakna Politik
“Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah untuk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, bukannya mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu. “Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman. “Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?” soalnya. Shahril juga berkata, kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang halang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama. Tambahnya, tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al-Quran yang dibaca ketika bersolat.
Kejahilan Akan Bertambah Andai Agama Di Sekat

Jangan bimbang, dulu di Kedah pun kerajaan BN halang tazkirah, malah siap pasang kamera video untuk memantau khatib yang memberi khutbah. Namun kemurkaan Allah telah menyebabkan UMNO/BN menerima akibatnya kerana menentang keluhuran Islam. Apa yang perlu dibuat sekarang adalah bermunajat kepada Allah, mohon Allah menumbangkan kerajaan zalim yang menentang agamanya. InsyaAllah dimakbulkan kerana:
BalasPadam1. Doa orang Islam akan dimakbulkan, jika tidak dimakbul di dunia akan disimpan untuk akhirat.
2. Ini bulan Ramadhan, anda semua berpuasa, doa orang berpuasa tidak akan ditolak.
3. Anda dizalimi, doa orang yang dizalimi tiada hijabnya antara dirimu dan Allah.
Jadi berdoalah. InsyaAllah terbalik pemerintahan BN di Pahang kerana kesan doa. Tapi kalau dah menang jangan lupa pada Allah... laksana tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dengan adil dan saksama tanpa mengira darjat, kawan mahupun musuh.
Nak salahkan siapa kalau lagi ramai yang akan MURTAD? Salah gereja lagi?
BalasPadamPEMUDA PAS PAHANG KURANG AJAR DENGAN MUIP
BalasPadamPemuda PAS Pahang hari ni betul-betul kurang ajar. Ada ke patut mereka melabel Majlis Ugama Islam dan Adat Resan Melayu Pahang (MUIP) sebagai tidak berakhlak.
Ini semua hanya kerana MUIP melarang diadakan tazkirah Ramadan di semua surau dan masjid seluruh negeri Pahang.
Shahril Azman
Memanglah niat asal tazkirah tu baik, tapi tentunya MUIP mempunyai alasan yang kukuh melarangnya. Lebih-lebih lagi sekarang ni ramai yang bila disuruh bertazkirah tersasul pergi tazkirah politik.
Maka sebelum masjid jadi medan kata mengata, medan umpat caci, mungkin MUIP berpendapat lebih elok semua surau dan masjid tidak adakan tazkirah.
Sebenarnya Shahril Azman Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Pahang mengatakan tindakan MUIP itu tidak berakhlak adalah lebih tidak berakhlak lagi dan kurang ajar. Ini kerana MUIP bukan bertindak sendirian tetapi MUIP adalah Majlis yang dianggotai oleh beberapa cerdik pandai agama dan segala tindakan MUIP tentunya mempunyai asas yang kukuh.
Aku harap orang Pahang buat le sesuatu dengan Pemuda PAS yang kurang ajar ni.
Hang cermin muka hang dulu wahai MatCermin .... cermin kelabu
BalasPadamadoyai...macam2 ada...dari hentikan tazkirah lebih baik ambil tindakan pada mereka yang salah / melanggar peraturan,baik mana2 parti yg gunakan masjid / surau untuk politik...kdg2 pelik umno boleh, parti lain x boleh...masjid / surau mesti bersih dari politik kepartian...
BalasPadamyg muip tu hanya SYMP=saya yg menurut perintah...yg buat agama jd jahanam adalah puak2 yg x kenal mana haram..mana yg halal..!!
BalasPadamYg lagi best..yg haram dihalalkan..yg halal diharamkan..? Cuba renung2kan..selamat beramal...!!
Patut tukang tazkirah yang buat tazkirah politik....ditangkap atau diberkas....bukan tutup tazkirah...main pukul rata aja....ini Bangang punya Kes.....!
BalasPadamUMNO pun bangang. Bila tazkirah menyentuh pasal kepimpinan Islam, hukum Islam, kezaliman terus je dicop tazkirah politik. Agaknya dia nak semua Ustaz cakap pemimpin Malaysia semua kuat beriman, Malaysia negara Islam terbaik di dunia dan bla bla...
BalasPadamJahannam umat Islam di malaysia selagi diperbodoh UMNO. UMNO dah sesat.
Bro...aku kebetulan ada juga tgk siaran tu pada malam di tv9..tp apa yg aku paham lah...dia kata x benarkan tazkirah masa terawih yg biasanya org buat 8 dan selang antara 4 tu..tp bukan x boleh tazkirah pada bulan ramadhan...mungkin ada salah faham kot!aku pun setuju menuntut ilmu itu wajib dan terawih itu sunat, tp rasanya x ada kaitan dengan isu ini,bg aku lah..x ada nas suruh buat tazkirah antara terawih dan x ada yang melarang..jadi bg aku yg tau dgr2 org ngajar ni rasanya dalam hal ini x jadi isu..x boleh buat masa terawih kita buat pas terawih ke,subuh ke,zohor ke,asar ke dll waktu...rasanya itu x ada halangan kot! Aku pun amat setuju andai betul haram seme sekali,memang haramjadah betul..tp aku rasa sebenarnya x begitu kot..lagi pun maip ni under kdytm tm & x ada kaitan dngn kerajaan yang perintah...andai pr perintah pun maip tetap macam tu,apa-pa pun bro...slmt pose dan raya! ok cow..
BalasPadamadoyai..maip/muip/kipsas dan bla bla bla..kenapa organisasi ni tak dipimpin oleh mereka benar2 memiliki pemimpin yg islamik background education..yang dibawah belajar tinggi2 idea mcm2 tp kalau depa takmau pakai idea tu takde arah la..
BalasPadambangan betul MUIP...dah gler...yang dituntut jadi haram...yang haram xpe lak..
BalasPadamjom jgn bayar zakat kat muip...sbb dia dah sempit pahaman.....dh xreti jadi amil guana..
BalasPadamapa la nk jdi muip nie.... tazkirah bkn nye konsert...klu konsert x da lak larangan..tp ilmu agama ada larang2..isss..issss......kesian pahang.....bodoh tol kan.....dunia akhir zaman nieeeeeeeeee....awwwww
BalasPadamyang dipertua MUIP dan ketua agama pahang...tak kan diam saje kot... agama kita dh kena jual ni..takat pandang x jdi ape..masyallah.. dimane jihad islam ni....renung2kan la.... yang murtad terbiar....yang baik disekat....giler...
BalasPadamx kira apa alasan pn tp bg aku klu halang nk bg tazkirah kira jahil dan bodoss la... menetang dakwah...syiah islam.. bkn nye berbayar kan...x nk dgr kasi jalan la balik umah..
BalasPadambro...ni kes lebih kurang sama je dgn ngaji guna p.a sistem....nik aziz pun sokokng...acu korang tny nik aziz..klu dia kata sokokng teruk bro...buat malu je...ha...
BalasPadambroo..klu nik aziz pn aku x setuju... aku x tau la denan ceruk korang setuju..
BalasPadamPegawai kamu pun berkhalwat. Tak ke kurang ajar nama nya.
BalasPadamadoyai...apa kes lak ni???? apa kaitan tazkirah dgn khalwat??? adoi macam2 orang pr ni...haha...org pr pun ada yang khalwat...hahaha.....
BalasPadammuke macm manusia tp otak mamcm lembu..badan macm manusia tp ati mcam syaitan..orang nk buat baik pn tak boleh..harap umr je dah tua tapi pikiran mcm budak hingusan.ada juga org macm ini..kat MAIP..
BalasPadamYang berkenaan sila undurkan diri.. dah tak layak dh duduk disitu...
BalasPadamsetuju!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamtakbir
BalasPadampower lah pahang daily...ha...kita tengok2....he....nak kata bodoh marah,nak kata cerdik x cerdik...cuba fikir pakai otak,jgn pikir pakai kepala lutut...
BalasPadam