script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tempoh Pendaftaran PATI Menerusi Program 6P Berakhir Pada Ahad Ini Di Lanjutkan Ke 21 Ogos!

PUTRAJAYA, 12 Ogos - Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang sepatutnya berakhir Ahad ini dilanjutkan seminggu ke 21 Ogos. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat susulan saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P supaya tempoh itu dilanjutkan. "Ini berikutan sambutan berterusan daripada majikan serta pekerja dan pendatang asing tanpa izin di kaunter-kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu, baik di pejabat imigresen mahupun melalui syarikat pengurus yang dilantik kerajaan," katanya hari ini. Mahmood berkata kerajaan juga memutuskan bahawa setiap PATI yang mendaftar melalui syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pertengahan September ini.

[Sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 1,807,000 Pati dan pekerja asing sah telah direkodkan, dan daripada jumlah itu, 885,156 merupakan bagi Pendaftaran Pekerja Asing Sah. Mahmood berkata berikutan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim, perlu mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai program itu. Katanya langkah itu juga akan dapat menyakinkan Pati di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar. "Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap Pati dan ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan November ini," tambahnya].

Share:

2 ulasan:

  1. PATI seramai itu,,apa sudah jadi..Keraajaan tak buat keje..KDN pun 2 x 5, nasib rakyat terima pemimpin yg bermasalah..gila kuaasa, gila harta dan hari hari mau betina...

    BalasPadam
  2. Korang perasan tak sejak dua menjak ini PDO ngan Utusan Meloya macam adik beradik je pemberitaan dan komennya...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.