RAUB 13 Ogos - Seramai 2,055 warga GiatMara akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi Giat Mara, Dato' Shahiruddin Ab Moin (foto). Beliau berkata, bayaran bonus itu akan dibuat pada 19 Ogos ini membabitkan peruntukan RM2.5 juta. "Bayaran setengah bulan gaji atau minimum sebanyak RM500 sebagai menghargai peranan dan jasa yang telah disumbangkan pegawai dan kakitangan dalam usaha meningkatkan peranan GiatMara,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, GiatMara bercadang membuka lebih banyak cawangan di perkampungan Orang Asli bagi membolehkan lebih ramai belia dan anak Orang Asli mendapat latihan kemahiran di GiatMara. "Sehingga kini terdapat lebih 100 belia Orang Asli mengikuti pelbagai kursus dan latihan kemahiran di GiatMara seluruh negara,” kata Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Dong.
[Nampaknya selepas kerajaan berbuat demikian, ia terus diikuti pula oleh lain-lain agensi yang lain. Apapun syabas kepada GiatMara kerana berupaya memberi kelegaan kepada kakitangan mereka. Semoga sambutan Aidil Firi pada tahun ini dapat dijalani dengan keceriaan hendaknya. Mungkin selepas ini, ramai lagi pihak akan berlumba-lumba untuk mengumumkan pemberian bonus raya kepada kakitangan mereka. Rakyat perlu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Apa yang baik kita perlu sokong dan apa yang kurang baik perlu ditegur. Semoga kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertoleransi dan bersatu padu satu sama lain].
kepada ananimous diatas silalah beri komen secara ilmiah dan berfikiran matang..jangan la asyik copy paste statement sampah yang tak berkaitan.
BalasPadamtahniah warga giat mara..semoga warga giat mara dapat gunakan untuk persiapan keluarga..badan2 lain bagaimana?mpk,jba,ikip.kipsas,psdc dll?harapnya majikan semua buat la sesuatu..mereke menungu tu..kalau adab gtau awal..kalau takada pun bgtau awal..harapnya adala..dah lama mereka tak dapat bonus.
BalasPadam