script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: Orang Ramai Mahu Jalan Rosak Di Laluan Bukit Ibam Ke Muadzam Di Baiki Segera !!

ROMPIN, 12 Ogos - Pengguna jalanraya di laluan Jalan Bukit Ibam menuju ke Muadzam Shah, dekat sini mahu jalan tersebut dibaiki segera. Difahamkan jalan tersebut rosak teruk sejak beberapa tahun lalu dan tidak dibaiki sejak sekian lama. Terdapat beberapa kes kemalangan hingga meragut nyawa di jalan itu akibat struktur jalan yang rosak teruk. Jalan tersebut merupakan jalan utama ke Bukit Ibam dan telah berlaku banyak kes kemalangan di situ. Terdapat kira-kira 3,000 pengguna jalan raya melalui kawasan itu setiap hari termasuk penduduk di Kampung Ibam, Kampung Aur dan kawasan penempatan Orang Asli berdekatan. Oleh itu, diharapkan masalah ini ditangani segera kerana orang ramai sudah tentu mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali melalui jalan berlubang di kanan dan kiri jalan. Pihak berwajib seharusnya mengambil pendekatan proaktif dengan membaiki atau menurap semula jalan itu. Saranan ini dibuat kerana jalan tersebut adalah nadi perhubungan utama penduduk Bukit Ibam ke Bandar Muadzam Shah.

[Bukit Ibam adalah salah sebuah destinasi perlombongan emas dan bijig besi yang begitu popular di Pahang. Maka, kemungkinan besar jalan terbabit rosak akibat dijadikan sebagai laluan utama lori-lori mengangkut bahan terbabit untuk dibawa ke Pelabuhan Kuantan. Justeri, pihak yang berkenaan wajar membantu kerajaan untuk memulih dan memelihara jalan berkenaan agar ia selesa untuk dilalui oleh pengguna. Jika tidak, rakyat yang tidak berdosa akan menaggung akibatnya sedangkan mereka yang mendapat untung adalah pihak-pihak tertentu sahaja. Suara rakyat wajar di dengari agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. ADUN Ibam, Dato' Hj.Mohamad Safri Aziz (foto) yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Da'wah Islamiah, Perpaduan & Badan-badan Bukan Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap masalah ini].
Share:

2 ulasan:

  1. Biasa la bukan ada VIP yang guna jalan tu.Kita tenguk siapa yang akan meraih laba dari derita orang lain.( Fahamkan hehehehh)

    BalasPadam
  2. jika dilihat lebih dari 10 syarikat lombong yang beroperasi dan menggunakan jalan ini bagi membawa keluar bijih besi dari bukit ibam. sekiranya kesemua syarikat terbabit bekerjasama mengeluarkan sedikit dari laba yang telah mereka kaut selama ini saya rasa hight - way pun mereka dapat buat... tambahan pula memang benar kerosakan jalan tersebut adalah angkara kenderaan syarikat2 terbabit... jangan hanya tau mencari untung sahaja...apa yang kami di sini dapat???? selain kami di sini yang hari2 hanya sedut habuk dan bunyi bising shj 24 jam... jalan nak keluar pun bertambah teruk!!!! pihak bertanggungjawab di harap dapat ambil serius masalah ini...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.