script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Tengku Mahkota Saran Kerajaan Negeri Kaji Wujudkan Bandar Satelit Di Bentong

BENTONG, 19 Ogos - Kerajaan Negeri Pahang disaran melakukan kajian bagi mewujudkan sebuah bandar baharu atau bandar satelit di daerah ini. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah, tujuan mewujudkan bandar satelit itu bagi mengurangkan tekanan penduduk terutama di bandar ini yang berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas. "Penduduk daerah ini terutama yang tinggal di bandar bukan sahaja terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan, tetapi pada hari-hari biasa dan hujung minggu. "Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesesakan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke program ini, namun bernasib baik ada polis membantu dan akhirnya berjaya sampai pada waktu yang dijanjikan," titah baginda. Tengku Mahkota bertitah demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di pekarangan Masjid Daerah Bentong di sini, kelmarin. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong. Tengku Abdullah bertitah, kajian jangka panjang yang sistematik perlu dijalankan bagi membina bandar satelit supaya dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kawasan ini. Dalam perkembangan sama, baginda bertitah, lokasi bandar Bentong yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya daripada segi pembangunan infrastruktur.

Titah baginda, kedudukannya yang strategik itu mampu menjana lebih banyak pembangunan di kawasan sekitar, sekali gus memberi impak positif kepada rakyat. Baginda yakin kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini supaya terus terjamin dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jalan berkembar dari Lipis ke Bentong. "Apa yang diharapkan ialah rakyat negeri ini bersyukur dengan pembangunan yang ada," titah baginda lagi.

[Bandar Bentong bakal menjadi laluan utama kepada warga Kuala Lumpur pulang beraya ke kampung halaman masing-masing di Kelantan. Laluan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang akan menjadi penuh sesah dengan kenderaan. Kesesakan jalanraya akan berlaku dalam jarak yang jauh dua tiga hari menjelang Aidil Fitri. Justeru itu sudah tiba masanya jalan Bentong ke Raub itu diperbesarkan agar ia dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai yang melaluinya. Jika tidak sudah pasti kelancaran lalu lintas akan senantiasa bermasalah seperti tahun-tahun yang lepas. Apatah lagi bilamana jalan dua lorong menjadi tiga lorong akibat sikap pemandu yang tidak berdisplin. Harapan kita agar kerajaan cakna isu ini].

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.