KUALA LUMPUR 16 Ogos - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) semalam mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata, jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu. "Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan. "Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini, maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di Wisma Bernama. Beliau berkata, langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Beliau turut menegaskan, kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini.
[Satu tindakan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan prinsip demokrasi sebenarnya. Akhirnya Himpunan Bersih 2.0 berjaya memberi idea yang bernas kepada kerajaan agar menjadikan negara ini benar-benar telus dan adil dalam melaksanakan pilihanraya. Pembaharuan yang paling bersar ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu perlu dirombak sebenarnya. Agensi itu perlu benar-benar bebas dan tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak. Malah, mereka juga perlu mempunyai kuasa penuh untuk berusaha melaksanakan sebuah pilihanraya yang adi di negara ini. Apapun, diharapkan kenyataan Najib itu tidak ada muslihatnya. Rakyat gusar dengan sistem biometrik yang mahu diamalkan, dikalan lebih sejuta Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah direkokkan berkampung di negara ini. Makanya, apakah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan ini bagi menutup kelemahan sedia ada atau mempunyai strategi tersendiri untuk terus melakukan sesuatu yang amat dibenci oleh majoriti rakyat agaknya. Semoga segala usaha ini akan diterima semua pihak hendaknya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan