Peminat badminton negara akhirnya kecewa untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas di Kejohanan Badminton Dunia BWF di London. Ia berikutan kekalahan penuh dramatik jaguh badminton negara itu kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21 dan 21-23. Ini adalah kegagalan kali keenam buat Chong Wei untuk merebut kejuaran tersebut. Kegagalan Chong Wei itu menyebabkan Lin Dan menjadi pemain pertama yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut sebanyak empat kali setakat ini. Dalam perlawanan malam tadi, Chong Wei berjaya menang di set pertama namun sedikit hilang punca di set kedua apabila memberi mata mudah dengan membuat banyak kesilapan sendiri. Ia memberi peluang kepada Lin Dan untuk mengawal permainan. Kekalahan Chong 14-21 pada set yang kedua dilihat tidak mematahkann semangat kental beliau. Pemain negara itu kembali mengawal permainan dan mengimbangi kelincahan Lin Dan. Apapun, permainann begitu sengit dengan jarak mata yang tidak jauh berbeza. Cuma dipenghujung set ketiga itu Chong Wei sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega, namun kesilapan beberapa kali membiarkan bola masuk menyebabkan Lin Dan mengambil kesempatan untuk mengikat kedudukan 20-20 dan seterusnya menang dengan 23-21 apabila lambungan Chong Wei terkena pada jaring.
[Jelas nampak kekecewaan di raut muka Chong Wei akibat kekalahan itu. Tambahan pula usianya sudah menjangkau 29 tahun dan kejohanan dunia tidak diadakan tahun depan. Ini bermakna beliau terpaksa menunggu hingga 2013 untuk mengulanginya. Apapun seluruh rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Biar pun dia tewas, namun ia cukup bermaruah. Berbeza sekali ketika dia ditewaskan oleh Lin Dan pada Piala Thomas sebelum ini yang menyaksikan Malaysia tersingkir ke perlawanan akhir kejohanan itu. Apapun kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang tewas bermaruah kepada Lin Dan malam tadi amat membanggakan kerana nampak benar kelincahan beliau dan pemain China itu kini hampir seimbang sebenarnya. Cuma "tuah" sahaja yang telah pun membezakan kejayaan bagi kedua-dua pemain berkenaan malam tadi.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan