KANGAR, 15 Ogos - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (foto) dan bekas pemegang jawatan itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan persetujuan di atas keputusan yang diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) melarang bacaan ayat suci al-Quran dipasang menggunakan pembesar suara pada waktu pagi di masjid dan surau. Menurut Dr Juanda, amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. “Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” kata beliau. Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. “Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang. “Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh," katanya lagi.
[Bila mana golongan ulamak, mufti dan sebagainya telah memberi komen menurut pandangan Islam maka apakah perlu isu ini dipolitikkan?. Anehnya, mereka yang bercakap soal ini sebenarnya ke surau dan masjid untuk solat Subuh mereka jarang atau tidak pernah pergi. Tiba-tiba beriya-iya benar mahu mempertahankan Islam dalam isu ini. Syariat Islam itu sendiri mereka abaikan dalam kehidupan. Bukankah ini jelas mempunyai motif politik bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu sengaja mahu mencari pasal dengan "Islam". Padahal apa yang diluluskan itu adalah berlandaskan hukum syarak dan jelas tidak bertentangan dengan syariat. Tapi, bagi mereka yang mengambil Islam "suku-suku" menggunakan akal fikiran, sudah pastilah mereka akan terus tentang sesuatu perlaksanaan yang baik].
anon 451....ckap, ikut akal lah bro... dan berlandas islam,jgnlah ikut sedap mulut saja,nnti orang boleh nampak kebodohan ko......
BalasPadamTak tahu hukum jangan pandai-pandai nak komen.
BalasPadamKeputusan Masjid Pulau Pinang itu adalah keputusan Majlis fatwa, takder kena mengena dgn PAS.
BalasPadamTapi kita percaya pencacai UmnoApcoPorno ni bukannya nak pakai majlis fatwa, mereka lebih cinta nak dengar keputusan daripada ROSMAH MANSUR.
Bagi mereka, keputusan pemakai cicncin RM2 juta itulah sebaik2 mufti, kerana kepala hotak mereka dah biol melampau kerana termakan najis UmnoApcoPorno!
Jangan nak salahkan PR ke apa.Yang katakan haram dan berdosa hukumnya melaungkan azan sblum subuh tu Dr Juanda mufti negeri yg diperintah oleh BN bukan PAS/PR.Saya tabik dgn Dr Juanda kerana berani menyatakan yg benar mengikut hukum Islam.Klu lain-lain mufti yg keja dibawah Kjaan BN sudah pasti tak berani menyatakan kebenaran kerana nak jaga periuk nasi.Syabas kpd Dr Juanda dan yg jahil agama tu saya nasihatkan rajinX lah mengaji.
BalasPadamAlahai...benda macam nie pun nak jadi isu. Lagipun bukan dosa besar menghalang bacaan AlQuran menggunakan pembesar suara. Mereka tetap boleh membaca, tanpa menggunakan pembesar suara. Lainlah kalau baca AlQuran pun tak boleh langsung. Agak2lah mereka yang sibuk menyalahkan kerajaan negeri tu, baca AL Quran ke ? Atau memang kaki penyebok, tapi hukum pun tak tau.
BalasPadamYang nyata orang Islam di negara ini sudah semakin merasa rendah diri,dan suka mencari alasan berdasarkan halal dan haram untuk mengambil hati pihak lain(kalau benar halal dan haram nya kira ok lah- tapi mengapa pula selama ini tidak'haram').Kalau nak di kirakan mengganggu hukumnya haram,banyak lagi hal yg menggangu tapi tidak di larang.Mungkinkah satu hari nanti,ke masjid bersembahayang Jumaat di larang membawa kenderaan,kerana perbuatan meletak kendaraan di merata-rata ketika sembahayang Jumaat mengganggu lalu lintas.Perbuatan mengganggu ini bukan hanya di lakukan oleh orang Islam tapi juga bukan Islam,misalnya memelihara anjing dan membiarkan anjing mereka menyalak tak kira masa,ianya menganggu jiran tetangga juga.Pekedai-pekedai di bandar-bandar meletak sesuatu yg melebihi runag kedai mereka menganggu juga,apa tah lagi ada juga yg 'menyimpan 'beberapa parking lot berhampiran kedai mereka dgn meyekat org lain utk meletakan kereta dlam keadaan parking lot yg terhad.Banyak lagi perkara 'mengganggu 'yg berlaku tapi siapa ambil peduli?.
BalasPadamSaya tidak berkeras mahu di bolehkan membaca al Quraan di pagi buta dgn menggunakan pembesar suara,tapi saya rasa terkilan dgn cara ianya di larang.Rasanya para imam,siak dan mereka yg bertanggung jawab di mesjid bukan lah orgn keras kepala, jadi bukan kah lebih elok perkara ini di 'nasihatkan' saja bukan di 'perentah' atau di kuat kuasakan.
Penguat kuasaan larangan ini boleh memberi implikasi besar pada masa hadapan,terutama dalm keadaan umat Islam di negara ini yg agak lemah dari segi politik dan ekonominya sekarang ini.Kita bukan tak tahu ,gulungan yg 'terganggu 'ini adalah gulungan yg bila di beri betis mahukan peha,satu hari nanti mereka menuntut yg lain pula dan memberi perbandingan atau alasan dgn larangan ini.Kalau tidak di turut mereka akan kecoh,Pas pula akan memberi sokongan demi menjaga 'kuasa'.NA akan sibuk membuka 'kitab' utk mencari fatwa baru.Asri dan Juanda pun begitu.Bila di kaitakan dgn Wahabi mereka akan menghentak kaki,tapi cara mereka mencurigakan.
Walau apa pun pada pandangan saya umat Islam perlu meraih kembali rasa jati diri mereka.Jati diri ini bukan berdasarkan sokonga kita kepada mana-mana parti politik,tapi jati diri sebagai umat Islam.
Orang umporno hanya dengar fatwa big mamma aje, 120% sokong. Pandangan orang lain semuanya tak betul. Boring betul dengan puak2 ni.
BalasPadamanon 2:20:00,
BalasPadamYang tak mahu dengan pandangan org lain ialah peyokong PR,itulah pengalaman selama kira-kira sebulan saya melayari laman ini.Mereka yg berpihak kepada parti lain,akan dikatakan bodoh,jahil ,berfikiran mengikut kepala lutut,malahan hingga ada di katakan mengikut Yahudi.Tengoklah apa yg sdr sendiri katakan,-'big mama'tak pernah memberi fatwa seperti NA tapi itu pula yg sdr katakan terhadap penyokong parti bukan PR.
Kalau dah nama pun khawarij, apa saja akan digunakan untuk menghalalkan cara.
BalasPadamJika benar bagai dikata tidak boleh membaca quran menggunakan speaker, tak apalah kita terima. Apa hal pula dengan mengadakan ceramah politik PAS di dalam masjid terjerit-jerit menghentam kerajaan diselang seli dengan maki hamun.
Semua orang tahu bila tazkirah politik dari kaum puak khawarij ni bermula mesti cukup kuat, bising dan sengaja meninggikan suara. Sampai pecah speaker berasap amplifier dikerjakan oleh puak tu.
Markas Pas Taman Melewar,bertahun-tahun mengganggu penduduk setempat,dgn bunyi bising,kesesakan lalu lintas,menyekat penghuni rumah keluar masuk,bau yg bermacam-macam,dll lagi.Ini semua terjadi bila Pas mengadakan ceramah politiknya.Ceramah di adakan sehingga tengah malam,mengapa masa itu Nik Aziz tak keluarkan fatwa haram,kerana mengganggu?.Kalau sesiap penyokong Pas terbaca posting aku ni tolong samapakan pertanyaan aku pada Nik Aziz.
BalasPadamDari Sayyidina Ali ;
BalasPadam"Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang, iaitu orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yg fasik dan orang yg bodoh namun selalu tekun beribadah. Yang seorang akan membela kefasikan dgn lidahnya sedangkan yg seorang lagi akan membela kebodohan dgn ibadahnya. Berhati-hatilah dari para cerdik pandai yg fasik dan para ahli ibadah yg bodoh. Kerana mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setiap orang yg mudah terpedaya."
Bukankah amalan ini yang kita lakukan semenjak dahulu lagi ? Memperdengarkan bacaan Al Quran melalui pembesar suara secara tidak langsung dapat mengimaraqkan masjid yang kian sunyi.
BalasPadamLarangan berkenaan adalah merangkumi seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang. Masjid, mungkin boleh dianggap mengganggu kerana kebanyakan masjid berada di kawasan bandar dan bercampur masyarakatnya. Bagaimana dengan surau yang berada di kawasan kampong yang penduduknya adalah melayu Islam ?
Kenapa sebelom ini tidak timbul isu berkenaan ? Kenapa baru sekarang setelah DAP menguasai Pulai Pinang. Apakah PAS tidak berdaya untuk mengekalkan budaya ini ?
Perhimpunan Bersih juga menganggu,mengapa Dr.Asri kata ok,Pas bukan saja kata ok,mereka lah yg membawa paling ramai pengikut untuk mengganggu.Inilah politik,bila ada kepentingan semuanya ok,tapi kalau tidak,ianya jadi tak ok.Jangan percaya ahli politk bersikap jujur,walau pun berserban tebal.
BalasPadamPerhimpunan Bersih bukan saja menganggu ,malahan merbahaya kerana dalam keadaan poltik dunia yg kucar-kacir dgn demonstrasi dan peperangan diMesir,Tunisai,Libya dll.Buktinya tengok saja di London,walau pun polis mereka profesional,tapi apa yg terjadi akhirnya?.Rusuhan.
anon Tuesday, August 16, 2011 12:43:00 PM
BalasPadamko tak baca artikel DR MAZA sampai abis nih pastu terus buat rumusan..tu la, nak komen tuh jangan amik sekerat2 jer,amik yang suka potong yang mana tak suka.perkara yang betul terus jadi tak betul di mata rakyat..pikir2kan la.allah kurniakan akal,gunakan sebaik mungkin.
anon Tuesday, August 16, 2011 12:16:00 AM
BalasPadamko tak penah dengar hadis nabi ker? cuba tanya ustaz..cari yang shahih k?
anon 4:48:00
BalasPadamKalau kau baca turunkanlah hadis yg kau maksudkan tu di sini,kan ke berdakwah wajib hukumnya.Kau banyak tanya ustaz Pas,hukum politik lah yg akan keluar,bukan hukum untuk mencari penyelesaian terbaik.Hukum nak bagi menang PAS.Kah,kah,kah.Selamat ke Islam kalau Pas berkuasa bersama DAP nanti?.
Zaman Rasulullah dulu,Bilal naik ke tempat tinggi utk melaungkan Azan,kalau nak kira 'mengganggu',masa tu laungan azan tu pun 'mengganggu',kaum Quraish di Mekah masa tu bukan semuanya Islam,mereka tidur sampai meninggi hari.Apsal nabi tak larang azan atas alasan 'mengganggu'?.
BalasPadamAmalan Islam bakal tergadai
BalasPadamSatu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.
anon Tuesday, August 16, 2011 5:05:00 PM
BalasPadamhal2 begini jangan di politikkan ko baca nih, insyaallah ko akan faham..
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
sambungannya...
BalasPadam“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
Tapi mengapa di negeri-negeri lain masih macam biasa,dan bacaan ayat al Quraan di dalam sembahayang masih menggunakan pembesar suara,khutbah juga pakai pembesar suara,sembahayat terawih di Makkah pun pakai pembesar suara.
BalasPadam